Thursday, 31 December 2015

Filled Under:

UPDATE TERKINI - Inilah Punca Sebenar Menagapa Ketua Polis Berkata Demikian


MALAYSIA 31 Dis - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid #Abu Bakar menasihat orang ramai agar meneliti peruntukan undang-undang dibawah Seksyen 99 Kanun Keseksaan bagi memahami hak untuk mempertahankan diri sebelum membuat sebarang andaian.

Khalid berkata sedemikian ketika mengulas #mengenai siasatan berhubung keputusan untuk mendakwa seorang lelaki yang membunuh perompak ketika mempertahankan dirinya di Terengganu.

Pertuduhan tersebut telah mendatangkan #kemarahan dalam kalangan netizen.

Selain itu, Khalid juga mempertikaikan #peranan Majlis Peguam dan peguam hak asasi manusia kerana tidak mendidik orang ramai mengenainya.

"Jika seseorang merompak kita, itu #tidak bermakna kita boleh membunuhnya.

"Seksyen 99 Kanun Keseksaan menyatakan #dengan jelas had untuk mempertahankan diri, bukan hanya kepada orang ramai tetapi kepada kita juga (polis).

"Apabila ia melibatkan perkara lain, #Majlis Peguam pantas mengeluarkan kenyataan tetapi mengapa senyap mengenai perkara ini?

"Disinilah Majlis Peguam memainkan #peranan dalam mendidik orang ramai," katanya sebagaimana lapor mStar Online.

Menurut Khalid lagi, hak bagi #mempertahankan diri tidak meliputi melakukan lebih banyak kemudaratan berbanding yang sepatutnya.

Sebelum ini, kes seorang lelaki #yang dikenali sebagai Zulkifli menjadi viral di media sosial.

Susulan daripada kenyataan ini, #ramai pembaca yang tidak berpuas hati, namum ada juga yang sokong dengan tindakan ini.






0 comments:

Post a Comment