Wednesday, 9 December 2015

Filled Under:

Ikan Bawal Masak Tiga Rasa - Perkongsian Resepi Chef Yuz



Bahan-Bahan


  • 1 ekor ikan (ikut citarasa – Ikan Siakap,Kerapu,Merah/Jenahak)
  • 1 biji bawang besar – dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 tin tomato puree – sederhana
  • 1 tin nenas – dadu
  • 1 sudu besar cili kisar – ikut citarasa kalau nak lebih pedas
  • 1 biji lemon – jus nya
  • 1 batang timun – Potong ikut cita rasa – macam masak acar
  • 1 sudu teh sos tirum
  • 1 sudu teh kicap pekat manis
  • Garam & gula secukup rasa
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan jus nenas/air.
  • Tepung jagung untuk megoreng ikan-nya
  • Minyak untuk mengoreng dan menumis
  • Daun lettuce, sup/ketumbar – sebagai hiasan
  • Bawang goreng


Cara-Cara

[+]Sosnya, panaskan minyak di kauli, letakan bawang2 yang dikisar dan cili kisar. Bila ia mula bangkit, letakan tomato puree, sos tirum dan jus lemon dan nenas/air. Letakan garam & gula secukup rasa. Rasa sos nya. Masukan nenas dadu dan gaulkan hingga sebati. Bila mendidih, letakan sedikit kicap pekat sedikit.

[+]Bersihkan ikan, di potong ikut citarasa, letakan garam dan sedikit lada putih.Pecahkan sebiji telur gaulkan pada ikan dan kemudian selaputkan didalam tepung jagung.

[+]Panaskan minyak untuk mengoreng.Goreng hingga garing.

[+]Sajikan ikan yang di goreng dipinggan besar. Tuangkan sosnya, letakan timun, daun sup/ketumbar dan taburkan bawang goreng. Sajikan dengan nasi putih panas.


Sedia dihidangkan dan selamat menjamu selera.
Jangan lupa baca doa sebelum makan dan jangan lupa jemput kami. Huhu

Kalau nak Share SILA "LIKE" dan komen “SAYA SHARE” mohon kerjasama
(Supaya Post Resepi Akan Lebih Aktif di News Feed Anda Pada Masa Akan Datang)




0 comments:

Post a Comment