Saturday 19 December 2015

Filled Under:

TERKINI - Peniaga Cecair Vape Bakal Berdepan Hukuman Mati


Empat rakan termasuk dua peniaga vape berperisa ganja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis atau ganja seberat lebih 2 kilogram (kg) di kondominium di Jalan Jelatek dekat sini hampir dua minggu lepas .


Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan dari pesalah direkodkan dari­pada kesemua tertuduh termasuk sepasang suami isteri selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Azuwan Mohd. Nor.

Sebaliknya, tertuduh pertama, Shazlina Azlin Mat Daud, 36, tertuduh kedua dan ketiga yang juga pasangan suami isteri, Azhariza Zakaria, 40 , dan Norihan Ali, 36, yang menjalankan bisnes dalam bidang pengurusan termasuk tertuduh keempat, Zaki Mohd. Ali, 34, hanya mengangguk paham.





0 comments:

Post a Comment