Tuesday 22 December 2015

Filled Under:
,

Akibat Diludah Peminat Messi Melepaskan Tumbukan Padu (3 GAMBAR)


Akibat Diludah Peminat Messi Melepaskan Tumbukan Padu

#*TOKYO: Bintang Barcelona, Lionel Messi diludah penyokong River Plate ketika tercetusnya provokasi di lapangan terbang susulan kemenangan The Catalan 3-0 dalam aksi final Piala Kelab Dunia, kelmarin.

#*Messi yang menjaringkan gol pembukaan dalam aksi itu dilaporkan membalas tindakan itu dengan menumbuk penyokong berkenan selepas menjadi bahan ejekan daripada penyokong kelab Argentina itu ketika dia bersedia untuk menaiki penerbangan pulang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.


"Insiden buruk berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Apabila pemain Barcelona bersedia untuk melalui pemeriksaan pasport dan kawalan keselamatan, beberapa penyokong River menghina Messi dan kemuncaknya apabila seorang daripada mereka meludah Messi," kata laporan berita sukan Sepanyol, AS.



#*Menurut beberapa laporan, Messi yang marah dengan tindakan itu membalasnya dengan menumbuk penyokong yang meludahnya sebelum jurulatih Barcelona, Luis Enrique dan rakan sepasukannya, Javier Mascherano dan Luis Suarez meleraikan keadaan.
Bagaimanapun, akhbar Catalan, Mundo Deportivo melaporkan Messi dilihat tersenyum dan kembali tenang sejurus insiden berkenaan.

#*Akhbar yang berpangkalan di Madrid, Marca turut melaporkan sekumpulan penyokong turut menghina bekas pemain River, Mascherano apabila menganggapnya sebagai lupa daratan dengan Mascherano dilahirkan menerusi akademi kelab di Buenos Aires itu sebelum ke Barcelona pada 2003. - AFP





0 comments:

Post a Comment