Monday, 7 December 2015

Filled Under:

Almarhum Tunku Jalil, 10 fakta Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang putera kesayangan Johor



Almarhum Tunku Jalil, 10 fakta Yang Mungkin Anda Tidak Tahu Tentang putera kesayangan Johor

#PERGINYA putera kesayangan rakyat Johor, Yang Amat Mulia Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail pada Sabtu.


#Tunku Jalil sememangnya sering menjadi perhatian ramai terutama rakyat Johor.


#Berjiwa rakyat dan amat disenangi ramai dek keramahan dan kemesraannya, senyuman Tunku Jalil sentiasa terukir di wajahnya.

#Berikut merupakan fakta penting mengenai Almarhum Tunku Jalil untuk kita ingati bersama:

#1. Pernah bekerja sebagai penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun.

#2. Berkelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan dari sebuah universiti di United Kingdom.

#3. Mencatat sejarah sebagai kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor.

#4. Beliau tidak bermain polo disebabkan alahan pada bulu kuda.

#5. Menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini.

#6. Kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, beramah mesra dan bertanya khabar.

#7. Disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan menjalani rawatan pemindahan hati di China.

#8. Baginda merupakan adinda kepada Tunku Mahkota Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar.

#9. Antara kekanda dan adinda baginda termasuk Tunku Aminah Maimunah, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman, Tunku Abdul Rahman Hassanal Jeffri dan Tunku Abu Bakar Mahmood Iskandar Ibrahim.

#10. Baginda mangkat pada pukul 7.11 malam, 5 Disember 2015 dan berusia 25 tahun.


#Sembah takziah kepada Keluarga DiRaja Johor atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim Ismail. Semoga roh Almarhum ditempatkan di kalangan mereka yang soleh. Al-Fatihah.




0 comments:

Post a Comment