Sunday, 6 December 2015

Filled Under:

"Saya sangat rindukan ku (Tunku)... Sangat rindu." - Nomad


Pemusik Tetap Menantimu, #>Nomad berkongsi rasa sedih di atas kemangkatan Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang diketahui umum begitu rapat dengannya.

Melalui akaun Instagramnya, #>Nomad memuatnaik gambarnya bersama Tunku Abdul Jalil yang pernah dimuatnaiknya ketika sambutan hari lahir Almarhum, Julai lalu dengan mesej yang menyayat hati.

“Innalillahiwainnailaihirojiun…Ya ALLAH, tempatkanlah sahabatku di kalangan orang-orang yang terpuji. Al-Fatihah.

“Saya sangat rindukan #>Ku (Tunku)… sangat rindu. Saya kehilangan bos saya, abang saya, raja saya. Kami sayang Ku.

“Ku, tunggu patik, #>Ku. Patik nak tengok Ku buat kali terakhir. Al-Fatihah,” tulisnya, malam tadi.

Sejak berita kemangkatannya tersebar malam tadi, laman sosial dibanjiri ucapan takziah dan rata-rata rakyat di negara ini terutama dari negeri Johor berduka atas kehilangan permata #>Johor itu.

Kira-kira tiga minggu lalu, #>Nomad ada memuatnaik gambarnya menziarahi Almarhum di hospital.

“Semoga cepat sembuh my boss, YAM TLJ, #>Tunku Jalil. Kami doakan semoga semuanya berjalan dengan lancar.

“Kami rindu lawak #>Ku. ‘Be strong Ku!,” tulisnya.

Tunku Abdul Jalil dilihat sering memuatnaik gambarnya beraktiviti bersama #>Nomad di laman Instagram.

Mangkat pada usia 25 tahun selepas menderita kanser hati tahap empat, #>Almarhum sempat menjalani rawatan pemindahan hati di China sebelum ini.

Putera keempat Sultan #>Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar ini terkenal dengan sifat mudah mesranya dan sangat disenangi rakyat jelata.





0 comments:

Post a Comment