Sunday, 6 December 2015

Filled Under:

Kerana Fazura enggan meminta ampun dan maaf atas perbuatannya, membuatkan lelaki ini melemparkan kata-kata yang membuatkan Fazura malu sendiri


Gosip paling hangat diperkatakan Netizen pada mingu lepas ialah keengganan pelakon Fazura untuk memohon maaf terhadap seorang wanita yang menulis komen yang disalah erti oleh beliau di Instagramnya.

Fazura telah memuat naik gambarnya bersama seorang kawan baiknya, dan gadis itu, yang menggunakan nama #Vii Narza telah memberi komen “yang depan tu mcm kimK.”, merujuk kepada kawan baik Fazura.

Menyangka gadis itu melemparkan kata kesat #“kim*k” kepada kawan baiknya, Fazura bertindak ‘menyerang’ Vii Narza dengan memuat naik gambar profil Instagram wanita itu dan membuat komen mengecam wanita itu.

Bagaimanapun, Fazura telah memadam gambar gadis tersebut apabila Netizen menyatakan gadis itu bukannya melemparkan kata kesat, sebaliknya menyamakan kawan baik
Fazura dengan Kim Kardashian dengan menulis #kimK. Hasilnya Netizen mula menulis puluhan ribu komen di Instagram Fazura mengkritik pelakon itu kerana perbuatan cuba memalukan gadis itu dengan memuat naik gambarnya ke Instagram.

Menurut #Netizen, Fazura bukan diminta untuk membuat permohonan maaf dari Vii Narza salah faham tentang perkataan #kimK, tetapi kerana memalukan gadis itu dikhalayak umum dan menghakimi pemakaian hijab serta status wanita itu sebagai sebagai seorang ibu.

Namun Fazura enggan meminta ampun dan maaf atas perbuatannya, sebaliknya memberi syarahan mengenai kepentingan untuk tidak menulis komen menggunakan kependekan kerana ia mudah disalah erti. Dalam satu perkembangan terbaru, #Malay Mail memberitahu Fazura menganggap perbuatannya tidak keterlaluan:

Perkara yang hampir sama sebelum ini sudah banyak kali terjadi tetapi saya cuba untuk berfikiran positif dan matang.

Kebetulan saya perhati perkara itu berulang kembali dan ia tidak harus dibiarkan. #Jadi tidak keterlaluan kalau saya menegur perbuatannya itu. Kalau benar dia memuji rakan saya itu persis Kim Kardashian, itu antara dia dengan Tuhan.

#Tapi jika niatnya cuba mempersenda, dialah yang harus memohon maaf pada rakan rakan saya itu kerana ia dibuat di media sosial. Rakan saya pun ada hati dan perasaan.

Fazura juga mendakwa telah membuat satu laporan #polis telah dibuat berhubung perkara itu:

#Tidak semua orang tahu cerita dan keaadaan sebenar. Peguam sudah menasihatkan saya supaya tidak mengulas perkara itu. Terpulanglah pada mereka di luar sana untuk fikir untuk apa laporan polis itu dibuat.

Vii Narza, 25, berkata beliau terkejut dengan tindakan #Fazura yang tersalah anggap perkataan “kimK”, yang dimaksudkan selebriti terkenal Kim Kardashian.

Dalam isu ‘kimK’, saya tidak bermaksud atau berniat melontar kata kesat. #KimK = Kim Kardashian.

Kejadian ini telah menyebabkan Fazura kehilangan #200,000 pengikut pengikut di Instagram dan Netizen juga kini mempersendakan tahap pemikiran Fazura serta memviralkan video yang menunjukkan Fazura gagal menjawab soalan-soalan pengetahuan am mudah oleh Lisa Surihani.






0 comments:

Post a Comment