Wednesday, 9 December 2015

Filled Under:

Kami Sediakan Resepi Popia Basah Khas Untuk Anda




Bahan Kulit :


  • 2 cawan tepung gandum 
  • 1 biji putih telor 
  • 3/4 cawan air 
  • 2 sudu makan cuka 
  • secubit garam


Cara Membuat :

[+]Step untuk buat kulit popia boleh rujuk di My Resepi. Campurkan kesemua bahan dalam mangkuk adunan. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang - kurangnya 1/2jam. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper Buat dari arah jam.Mulakan dari tepi dulu kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan. Setelah rata, biarkan sampai tepung masak sebentar. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan. Boleh disusun berlapis - lapis ia tak melekat.

Bahan Untuk Inti Popia


  • 1/2 biji kobis - di racik halus 
  • 3 biji sederhana besar carrot - di sagat halus 
  • 1 biji sederhana bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih 
  • 1 sudu besar sos tiram 
  • 1 sudu makan udang kering 
  • garam secukupnya 
  • minyak untuk menumis


Cara Membuat :

[+]Kisar bawang besar, bawang putih dan udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan yg dikisar tadi.Kemudian tambahkan sos tiram dan secubit garam.Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga sedikit layu.

Sedia dihidangkan dan selamat menjamu selera.

Jangan lupa baca doa sebelum makan dan jangan lupa jemput kami. Huhu

Kalau nak Share SILA "LIKE" dan komen “SAYA SHARE” mohon kerjasama
(Supaya Post Resepi Akan Lebih Aktif di News Feed Anda Pada Masa Akan Datang)




0 comments:

Post a Comment