Saturday 12 December 2015

Filled Under:
,

UPDATE- Adik Kandung Wanita Bawa Motosikal Dari Penang Ke Kajang Tampil Beri Penjelasan Sebenar


#Sebelum ini viral kisah seorang wanita malang yang terpaksa membawa dua orang anaknya menaiki motosikal untuk satu perjalanan jauh, Penang - Kajang.

#Ada juga yang mengatakan perjalanan wanita bermotor itu sebenarnya dari Perak ke Kuala Lumpur.

#Terbaharu, seorang lelaki yang juga adik kandung kepada wanita bermotor dengan anaknya untuk perjalanan yang sangat jauh itu tampil mendedahkan kisah sebenar.

#Berikut merupakan pendedahan beliau.


***Salam dan selamat matam semua kepada warga fb, kepada semua pihak berhentilah daripada membuat sebarang andaian.. sy selaku ahli keluarga pihak perempuan cukup mengenali beliau justeru beliau merupakan kakak kandung sy sendiri.. selama ini kami tidak pernah memburukkan beliau dikhalayakramai atau pun mana2 pihak.. Kami mengambil inisiatif untuk berdiam diri agar harapan beliau dapat muhasabah diri dan kembali ke pangkuan keluarga..

***tindakan beliau sendiri yang dilihat lebih keanak-anakan dan tidak matang yang melarikan diri daripada rumah dan meminta kami semua jangan pernah mengambil tahu kerana beliau sudah pun berumur menghampiri 30 tahun dan tahu membuat keputusan sendiri..

***Kami tidak sampai hati dengan tindakan tersebut dan memujuk beliau serta menghalang beliau daripada tindakan tersebut.. Tetapi usaha tersebut telah gagal.. Malah beliau seperti sudah tidak percaya kepada ahli keluarga sendiri dan mengeluarkan kata2 kesat kepada kami.. Tidak pernah timbul satu perasaan berdendam atau pun khianat kepada beliau kerana beliau merupakan kakak kandung saya sendiri.. Tetapi apakan daya, ramai orang telah menerima cerita daripada sebelah pihak sahaja..

***sy tidak ingin membuat andaian terhadap mana2 pihak.. Tetapi kepada semua pihak tolonglah berhenti membuat sebarang andaian yang boleh menimbulkan fitnah.. sy melihat ia merupakan satu tindakan yang dianggap tidak matang dan tidak adil untuk mendengar daripada sebelah pihak sahaja.. sy memohon kepada Allah semoga membalas jasa baik kalian terhadap keatas keperihatinan yang diberi.. Maaf jikalau sy ada terkasar bahasa dan perbuatan..

***Terima kasih..






2 comments:

  1. Hmm.. Susah nak percaya kan. Macam-macam dunia skang ni. Tapi aku still respect akak ni sebab dalam tidak matang dia, keanak-anakan dia, maki hamun yang dia lemparkan, dia still jaga 2 anak kecil dia baik-baik. Eh... ?

    ReplyDelete
  2. y ak pelik sangat² kenapa sepanjang perjalanannya tiada seorang pun ahli keluarga y datang nak membantu???bila dah viral...baru hegeh² nak buka cerita y kata akak tu perangai macam budak²...so sad...

    ReplyDelete