Saturday, 5 December 2015
Filled Under:
Info Terkini
Hajat yang tidak kesampaian dan catatan terakhir Arwah Tunku Jalil - AL FATIHAH
Posted By:
Unknown
on 09:41
"Saya dalam peringkat mengenali hati budi seorang gadis berhijab", kata Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim, 24, dengan itu menafikan dakwaan seorang artis yang acah-acah mengaku dirinya mempunyai hubungan sangat rapat dengannya.
Anak keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah pernah juga dikaitkan dengan artis yang lahir dari program realiti televisyen seperti yang diperkatakan wanita berkenaan kepada media masa, awal tahun ini.
"Sekiranya saya ingin memilih pasangan hidup, wanita itu perlu memiliki ciri-ciri istimewa terutama menghormati ibu bapa dan perlu memahami diri saya".
Berkaitan gadis berkenaan, dia kini sedang berada di luar negara kerana berkaitan kerja di sana, katanya enggan mengulas lanjut mengenai maklumat terperinci mengenai gadis berkenaan dalam satu kenyataannya kepada Metro Ahad.
Al-Fatihah buat Almarhum Tengku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan rahimNya ke atas roh almarhum Tunku Jalil. Berikut ialah catatan terakhir Tengku Jalil pada 30 November lalu:
Menurut maklumat yang diberi, jenazah allahyarham akan disemadikan di Makam Diraja Mahmodiah selepas waktu zohor esok.
Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu..
إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."
Semoga dilimpahi Allah akan rohnya dengan kerahmatan dan belas kasihanNya serta digolong bersama para anbiya', siddiqin, shuhada dan salihin. Al- fatihah.. Aamiinin
"Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia"
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Marilah kita bersama-sama mendoakan agar rohnya dilimpahi rahmat.. Aamiin..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment