Monday, 7 December 2015
Filled Under:
Artis
"Saya perlu buat penonton benci saya . Selain dari itu saya perlu menyanyi tetapi dengan sumbang". APAKAH?!!!!
Posted By:
Unknown
on 11:24
#Melangkah kaki ke pentas teater bukannya mudah. Jika tidak mempunyai pengalaman, silap hb, seseorang pelakon itu akan kaku. Tetapi pentas teater juga sebuah tempat yang mengukur kemampuan seseorang pelakon. Juliana Sophie Evans atau lebih mesra disapa Jue, menjadikan teater itu satu cabaran buat dirinya yang sememangnya seorang pelakon.
“Bawang Merah Bawang Putih adalah teater pertama saya. Saya membawakan watak Bawang Putih. Naskhah yang sememangnya hebat dan mempunyai pengikut yang tersendiri. Memang mencabar diri saya sendiri. Saya akan buat yang terbaik. Watak putih saya perlu kena gedik dan over. Saya perlu buat penonton benci saya . Selain dari itu saya perlu menyanyi tetapi dengan sumbang. Kemudian #berdialog dalam dialek Melayu klasik Sebenarnya susah juga kerana saya perlu push diri sendiri”, cerita Jue.
Jue menambah lagi dia berbangga dapat berlakon di bawah arahan Erma Fatima. “Saya gembira dan bangga dapat berlakon dengan Erma. Dia banyak mengajar saya dalam membawakan watak #Putih. Banyak yang saya peroleh bukan sahaja dari Erma tetapi juga pelakon lain seperti Kak Ogy yang memang kita tahu beliau seorang pelakon yang hebat. Itu membuatkan saya lebih bersemangat dan berusaha untuk lakukan yang terbaik”, itu janji Jue.
Teater yang akan tamat pada Selasa ini bukan hanya untuk menampilkan Jue sahaja tetapi Fathiya, Syarul Ridzwan, Fazlina Ahmad Daud, Tya Arifin dan juga Beto Kusyairy. Menyaksikan Jue membawakan watak Bawang Putih memang terbaik. Walaupun pertama kali berlakon teater, ternyata Jue tidak kekok malah pelakon ini sentiasa memberikan sesuatu yang berbeza bagi setiap hari. #Kalau anda hendak tengok bagaimana gediknya Jue, sila dapatkan tiket dengan segera.
Sumber - era.fm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment