Wednesday, 16 December 2015
Lepas DONAT Seposen Menjadi VIRAL, Kini Nasi Berlauk Dengan Harga Seringgit!
Posted By:
Unknown
on 01:58
Lepas DONAT Seposen Menjadi VIRAL, Kini Nasi Berlauk Dengan Harga Seringgit!
Macam tak percaya di zaman serba moden ini boleh dapat makan nasi berlauk dengan harga RM1. Malah kueh donat pun hanya 10 sen je. Heh.
Tapi itulah kemuliaan hati Waliuddin yang kini bisnesnya bertambah maju setelah menjadi viral kerana menjual donat dengan harga seposen.
“Saya akan memulakan bisnes nasi berlauk dengan harga 1 ringgit dalam masa terdekat ini untuk membantu komuniti saya sendiri.” Kata Waliuddin yang akan membuat dalam kuantiti yang banyak untuk orang ramai menikmati masakan tersebut.
Jangan salah nilai... harga satu ringgit itu berlaukkan sama ada ayam, ikan, sayur dan sebagainya.
Katanya bukan dia mahu mengambil keuntungan, tetapi walaupun cuma sedikit namun ia cukup kerana niatnya adalah untuk membantu orang ramai berikutan kos sara hidup semakin tinggi.
“Saya hanya mahukan kegembiraan terpancar di muka komuniti, maka ianya cukup bagi saya dan perkara itu pendorong dalam memberi semangat untuk saya teruskan bisnes ini..
"Bisnes itu bolehlah dianggap sebagai bersedekah. Tiada niat untuk menunjuk kebaikan. Malah ianya benar-benar ikhlas," tambahnya yang turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada insan berhati mulia yang ingin membantu memberi sumbangan peralatan bagi memudahkan lagi bisnes.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
MANTAP BADAN JANNA NICK ni
ReplyDeleteBIAR BETUL GAMBAR JANNA NICK DENGAN TSHIRT NAMPAK DALAM