Wednesday 9 December 2015

Filled Under:

Follower Meningkat Sehingga Lebih 200 Ribu Follower, Siti Nordiana Bakal Juara Gegar Vaganza 2??


Minggu ini adalah minggu akhir Gegar Vaganza 2... Berdebar-debar rasanya mahu melihat persembahan 6 peserta di pentas akhir iaitu Siti Nordiana, Haiza, Ezad Lazim, Acong, Faradhiya dan Nassier Wahab. Masing-masing mempunyai aura yang tersendiri... Namun berdasarkan persembahan semasa, nampak gayannya peluang untuk Siti Nordiana merangkul gelaran juara adalah lebih tinggi...


Minggu lalu Siti Nordiana sekali lagi mendapat tempat pertama dengan lagu “Mengapa” nyanyiannya... Tidak dinafikan bulu roma  menegak apabila mendengar nyanyian Nana... Powerful sungguh. Jika mutu persembahan yang sama ditunjukkan, pasti dengan mudahnya gelaran juara akan menjadi milik Nana... Tapi jangan pula over confidence... Teruskan berusaha dan berlatih seperti biasa.’


Apa pun, akaun Instagram @sitinordiana menunjukkan penambahan pengikut lebih daripada 100 ribu selepas penglibatannya di dalam Gegar Vaganza 2... Mula-mula dulu cuma 100 ribu pengikut. Tadi kami check, dah 230 ribu dah... Hebat... Kata Nana:-

"Jika dahulu follower Nana lebih kurang 100 ribu sahaja akan tetapi selepas GV, follower sudah meningkat sehingga lebih 200 ribu. Alhamdulilah, syukur...

Dan jumlah yang like pun dah bertambah. Dulu nak dapat like 500 pun susah. Sekarang alhamdulilah, pos apa-apa pun like ribu-ribu... Terima kasih sangat kepada peminat yang sokong Nana...

Nana sangat gembira... Segala pengorbanan untuk GV, ulang alik dari Seremban, ambil kelas vokal dan sebagainya akhirnya berbaloi...

InsyaAllah, selepas ini Nana akan terus berkarya demi peminat"...


Sumber : Apakes




0 comments:

Post a Comment