Monday, 7 December 2015
"Doa yang baik-baik untuk saya ya!” tambahnya yang akui........
Posted By:
Unknown
on 16:35
#@<>"Untuk kekalkan stamina, saya selalu pergi kelas zumba agar kekal bertenaga untuk menjaga kesihatan tubuh badan. Malah sebelum beraksi dan menyanyi di konsert mingguan, saya akan ‘warm up’ suara dengan menyanyikan lagu lain.
#@<>"Saya juga elakkan makan makanan yang berlemak seperti santan terutama menjelang sehari konsert mingguan berlangsung.
#@<>"Berkenaan dengan vokal pula, saya baru sahaja belajar kelas vokal dengan Cikgu Shafi, Erni Zakri dan juga Datuk Ramli MS.
#@<>"Dulu masa mula-mula nyanyi ketika usia belasan tahun, saya tak pergi pun belajar vokal. Nyanyi ikut cara sendiri, selepas pergi ke kelas vokal, barulah saya tahu sikit-sikit teknik vokal yang sesuai untuk menyanyikan sesebuah lagu,” demikian kata Siti Nordiana yang berjaya layak ke final Gegar Vaganza 2 semalam.
#@<>"Tak sangka boleh sampai ke peringkat akhir, ditambah lagi dengan bilangan penyokong dan peminat yang semakin ramai.
#@<>"Ini semua adalah rezeki dan saya amat bersyukur sekali. Untuk lagu Putus Terpaksa ia adalah sebuah lagu yang agak susah untuk dinyanyikan berbanding dengan lagu Mengapa.
#@<>"Apa-apa pun, saya kena kuat dan buat yang terbaik buat semua penonton setia GV2. Doa yang baik-baik untuk saya ya!” tambahnya yang akui agak tertekan dan sedikit gentar untuk bersaing dengan peserta yang lain.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment