Saturday, 5 December 2015

Filled Under:
,

"Lil, maafkan Mak Iti kerana tidak dapat menziarahi Lil buat kali terakhir'' - Luahan hati sayu Siti Nurhaliza


Penyanyi nombor 1 negara Datuk Siti Nurhaliza yang juga merupakan teman rapat kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil menyifatkan baginda seorang putera raja yang berjiwa rakyat.

"Saya kehilangan seorang teman, sahabat, teman bergurau senda & pemberi semangat setiap kali saya dalam kesedihan," ujar Siti yang masih merasa amat sedih dengan berita pemergian itu.

Datuk Siti Nurhaliza yang baru keguguran pada Khamis minggu lalu turut memohon maaf kerana tidak dapat menziarahi buat kali terakhir jenazah sahabatnya itu.

"Lil, maafkan Mak Iti kerana tidak dapat menziarahi Lil buat kali terakhir, namun Lil sentiasa dalam doa Mak Iti. Al-Fatihah." ujarnya dilaman sosial Instagram milik Mak Iti awal pagi tadi.

Kali terakhir Mak Iti menziarahi Tunku Jalil di hospital adalah pada dua minggu yang lalu.

Pertemuan itu turut dikongsi Mak Iti menerusi akaun Instagram beliau.



"Putera Raja yang berjiwa rakyat...Saya kehilangan seorang teman, sahabat, teman bergurau senda & pemberi semangat tiap kali saya kesedihan...tiada lagi panggilan 'makiti' dari insan bernama YAM Tunku Jalil .'Lil ,maafkan makiti tak dapat menziarahi Lil buat kali terakhir namun Lil sentiasa dalam doa Makiti'.. Al- Fatihah






0 comments:

Post a Comment