Wednesday, 9 December 2015

Filled Under:

Kerana Masalah Suara Farahdhiya Nak Tarik Diri Dari Gegar Vaganza 2?? Apa Dah Terjadi??


#Pada separuh akhir konsert Gegar Vaganza 2 yang lalu, dikatakan Faradhiya hampir tarik diri kerana masalah vokal. Finalist Gegar Vaganza 2 ini mengakui bahawa dia hampir menarik diri kerana kehilangan vokal secara tiba- tiba pada pagi sebelum pertandingan. – Punca Nabil Ahmad Bawa Penapis Di Pentas Gegar Vaganza 2!

#Namun, beliau berubah fikiran apabila mendapat nasihat dari Datuk Ramli MS supaya menurunkan “key” nyanyiannya. Beliau turut menyatakan yang itu adalah penyakit lamanya dan pernah mendapatkan rawatan sebelum ini.


#“Semasa ‘reherseal’ suara saya okay, boleh dikatakan 85 peratus pulih. Tetapi pada pagi sebelum berlangsungnya konsert, suara saya tiba-tiba tak keluar dan sakit dibahagian kerongkong.”

#“Rasa sakit ini memang dah lama, pelbagai jenis ubat dan hospital pakar telah saya pergi untuk jalani rawatan.”

#“Doktor hanya mampu berikan saya ubat yang bersesuaian agar ia pulih seperti biasa. Tetapi apa yang saya pelik ialah, saya tak demam, saya tak batuk dan saya tak selsema.”

#“Tetapi saya boleh hilang suara dan tidak mampu menyanyikan lagu ‘Ku Kunci Cintamu Di Dalam Hatimu’ dengan ‘key’ yang bersesuaian sehingga digubah mengikut kemampuan saya.”

#Mengenai persiapannya untuk konsert akhir yang diadakan pada minggu depan, beliau mengatakan akan berusaha untuk memulihkan masalah suaranya itu.


#“Apa yang berlaku terhadap diri saya, ia juga merisaukan. Jadi saya mohon kepada semua penyokong dan peminat, doakanlah yang terbaik agar sakit saya ini pulih.”

#“Usaha tetap diteruskan untuk memberikan persembahan yang terbaik dan seboleh-bolehnya tidak akan menghampakan penonton setia GV2.”




0 comments:

Post a Comment