Thursday, 17 December 2015
Terluka gara-gara mesej perbualan di antara suaminya dan wanita lain, Fatin Afeefa muatnaik 'SCREENSHOT' yang tak sepatutnya di instagram??
Posted By:
Unknown
on 18:44
***Baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada Jun lalu, baru-baru ini hati Fatin Afeefa telah terluka gara-gara mesej perbualan di antara suaminya dan wanita lain. Pelakon filem Tentang Bulan ini kemudiannya bertindak memuatnaik screenshot perbualan tersebut ke Instagram.
***Melalui perbualan tersebut, dua individu tersebut dilihat sedang merancang untuk berjumpa namun pertemuan dibatalkan kerana hari telah lewat dan juga turut ada sebentuk love emoticon – yang pastinya mencetuskan perasaan terkejut dan marah jika anda buat dan isteri anda baca!
***Bagaimanapun, Fatin telah memadam gambar tersebut. Selain itu, Fatin juga memuatnaik gambar kata-kata yang mungkin menggambarkan perasaannya ketika ini. Mungkin juga suami Fatin mempunyai penjelasan lanjut mengenai perkara berkenaan atau mungkin dia tertekan love emoticon itu, manalah kita tahu, bukan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment