Thursday 17 December 2015

Filled Under:
,

Inilah Punca Sebenar Song Ji Hyo Meluahkan Isi Hatinya Kepada Peminat Tentang Gary Mengejutkan Semua Peminat Running man!!


Malaysia – Pasangan yang cukup sinonim dengan gelaran ‘Monday Couple’ menerusi program realiti Korea yang mencetus fenomena, Running Man iaitu Song Ji hyo dan Kang Gary sekali lagi mendedahkan keserasian mereka kepada umum.

#Jika selama ini Jihyo memberi reaksi malu-malu setiap kali diusik mengaitkan dirinya dengan Gary. Namun baru-baru ini Jihyo membuat pengakuan spontan seolah memberi gambaran cintanya terhadap jejaka tersebut.

#Pada 11 Disember lalu, barisan hos Running Man berada di China untuk sesi bertemu peminat. Tetapi sayangnya Gary tidak dapat menyertai mereka kerana terikat dengan komitmen di Korea.

#Ketika itu pengacara majlis bertanya Ji Hyo, “Gary tidak ada di sini hari ini. Adakah ahli lain di sini boleh menggantikan mengambil tempat Gary? Jika anda terpaksa memilih salah seorang daripada mereka, siapa yang anda akan pilih? ”

#Ji Hyo mengambil masa sedikit untuk berfikir sebelum berkata, “Bagi saya, tidak ada sesiapa yang dapat menggantikan Gary”, lantas jawapannya itu disambut dengan sorakan peminat.

*“Kamu berdua bukannya bercinta, mengapa pula tidak ada sesiapa yang boleh menggantikannya?” provok HaHa.

*Lalu Ji Hyo sambil tersenyum berkata, “Awak tidak tahu sama ada kami bercinta atau tidak.”




0 comments:

Post a Comment