Tidak ada ribut tidak ada hujan, masakan pokok bergoyang.. Begitulah yang terjadi kepada ibu hot 2015 kita ini.. Tup-tup timbul berita hangat yang mengatakan rumahtangga Fasha Sandha dan suaminya, dikenali sebagai Jejai atau nama sebenar beliau Rizal Ashram Ramli kini yang sedang goyah.
Tak cukup panas lagi?? Haa kali ini Fasha Sandha dilaporkan oleh Berita Harian sudah pergi ke pejabat agama dan bakal ke mahkamah tidak lama lagi ekoran masalah rumahtangga tersebut. Puncanya didakwa akibat campur tangan pihak ketiga.
Nak dijadikan cerita nama Nora Danish pun turut dilibatkan dalam masalah ini. Namun tiada maklumat sahih mengenai apa yang dikaitkan dengan bekas isteri Jejai itu.
Desas desus bertambah kuat apabila satu status yang dimuat naik oleh Fasha Sandha menerusi Instagramnya menimbulkan seribu tanda tanya iaitu “Semoga Allah memberikan kekuatan yang sepenuhnya buat saya dan anak anak untuk mengharungi segala galanya”.
Hmm.. Selain itu, Fasha Shanda selitkan juga gambar kedua dua anaknya berserta catatan, "Infiniti. Ibu, Rayfal dan Raysha".
Apa apapun, jika benar apa yang dilaporkan.. Kami disini Ibu Rendang berdoa agar moga semua masalah tersebut dapat diselesaikan secara baik hendaknya.
0 comments:
Post a Comment