Thursday 17 December 2015

Filled Under:

Amat menyedihkan anak lelaki yang masih baru menyusu badan terpaksa diberi susu botol sehingga menjadi sangat VIRAL di Internet.


KELANTAN: Sharina Shafie, 24, yang koma di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, kelantan sejak seminggu lalu akibat penyakit yang menyebabkan jangkitan kuman di otak sehingga menjadi viral di Internet menghembuskan nafas terakhir jam 6.30 pagi tadi.

Allahyarham Sharina dikatakan menghembus nafas terakhir disisi suaminya Hanafie Kamarudian, 25.

Hanafie ketika dihubungi berkata, jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Chabang Tiga Rantau Panjang, Kelantan selepas Zohor.

Arwah meninggalkan seorang suami dan seorang anak lelaki yang bernama Mohd Harraz Danial berusia baru sahaja lapan bulan.

Harian Metro sebelum ini melaporkan Sharina terlantar tidak sedarkan diri akibat terkena jangkitan kuman dalam otak.

Lebih amat menyedihkan anak lelaki yang masih baru menyusu badan terpaksa diberi susu botol sehingga menjadi sangat viral di Internet.

Hanafi, terpaksa berhenti kerja kerana hendak menjaga dan menemani isterinya, Sharina Shafie, 24, yang koma dipercayai akibat jangkitan kuman dalam otak serta mengalami tekanan darah tinggi.

Anak sulung mereka, Mohd Harraz yang susut berat badan berikutan isterinya, Sharina, dimasukkan ke ICU HRPZII, di sini lebih dari seminggu lalu.






0 comments:

Post a Comment