[#]Bahan-Bahan Resepi Nasi Kandar Kari Ayam Penang SPECIAL
(Sesuai untuk 4-6 orang)
[#]Bahan-Bahan untuk Nasi
- 3 mug beras (mug standard tinggi adalah 4 inci.)
- 4½ mug air
- 2 inci halia (diketuk)
- 4 ulas bawang putih (diketuk)
- 2 sudu besar majerin
- 3 ketul kuib ayam
- 2 helai daun pandan
[#]Bahan-bahan untuk Kari Ayam Kering Penang
9 biji Bawang Merah Kecil
4 ulas Bawang Putih
3 batang Kayu Manis
4 biji Bunga Cengkih
[#]Cabai Kering
- 2 biji Tomato
- Serbuk Kari Ayam
- 1 dada Ayam
- 1 Yogurt
- 2 cawan Beras
- 2 helai Daun Pandan
- Daun Kari
- Air Mawar
[#]Bahan-Bahan Sampingan untuk Hiasan
- 1 batang timun (dihiris)
- 2 biji buah tomato (dihiris)
- Salad (dihiris)
- Bawang goreng (ditabur di atas nasi dan di dalam sup)
- Minyak bijan (ditabur ke atas ayam yang telah dipotong)
[#]Sos Sampingan
(Ikut kegemaran masing-masing)
- Sos Tomato
- Sos Cili
- Sos Cili Pedas
- Sos Cili Bawang Putih
- Sos Cili Thai
[#]Cara-Cara untuk Menyediakan Nasi
1) Masakkan air sebanyak 4½ mug bersama dengan 3 kuib ayam.
2) Beras dibasuh dan ditoskan sehingga kering.
3) Panaskan periuk dan cairkan majerin.
4) Masukkan bawang putih dan halia.
5) Apabila sudah naik wangi, masukkan beras dan goreng beras bersama marjerin tadi kira-kira 8 minit.
6) Kemudian alihkan beras tadi ke dalam periuk nasi.
7) Curahkan air yang sudah mendidih ke dalam periuk nasi.
8) Masukkan daun pandan dan biarkan ia tanak sehingga masak.
9) Leraikan dengan garfu setelah nasi masak.
[#]Cara-Cara untuk Menyediakan Kari Ayam Kering Penang
1) Hiris 5 biji bwang merah kecil, 4 biji bawang putih dan tomato di belah 4.
2) Selepas itu 4 cabai kering di belah 2.
3) Dada ayam dipotong kuib.
4) Panaskan kuali dengan 5 sudu minyak, kemudian tumiskan bawang merah kecil, bawang putih, 4 biji bunga cengkih dan satu kayu manis.
5) Apabila bahan tumisan sudah naik bau, masukkan cabai kering dan 3 sudu besar serbuk kari.
6) Kacau sehingga ayam itu masak dan kemudian masukkan tomato.
7) Masukkan garam, gula dan lada sulah secukup rasa.
8) Renehkan sehingga agak hampir kering dan masukkan yogurt.
[#]Semasa kita menyebut Nasi Kandar, Pulau Pinang selalu akan menjelma dalam ingatan kita. Nasi Kandar di Pulau Pinang adalah sama seperti adanya Nasi Dagang di Kelantan atau Terengganu. Kini populariti Nasi Kandar telah menular ke negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia. Kadangkala kita tertanya-tanya apa yang membezakan Nasi Kandar dengan nasi-nasi yang lain. Perbezaannya adalah Nasi Kandar diiringi dengan pelbagai jenis lauk pauk (dalam 30 jenis masakan). Contoh hidangan lauk pauk nasi kandar adalah: ayam goreng berempah, kari kepala ikan, ikan goreng, kari telur sotong, udang galah goreng, kari daging rusa, kari kambing dan sebagainya.
[#]Selain itu, Nasi Kandar mengekalkan nama ‘kandar’ ini berlandaskan cara penjaja nasi tersebut menjualnya. Nasi dikandar di bahu dan mereka akan berjaja merentas kampung-kampung. Keunikan Nasi Kandar adalah terletak kepada lauk pauknya yang beraneka rasa dan warna. Kebanyakkan lauk pauk ini dimasak dengan menggunakan pelbagai rempah ratus yang asli. Pasa masa kini, Nasi Kandar boleh dinikmati di restoran-restoran dan juga di hotel. Menikmati hidangan yang disajikan di atas daun pisang juga menjadi kegemaran pelbagai jenis kaum di Malaysia. Minuman iringan dengan Nasi Kandar ini adalah teh tarik. Ia sepatutnya juga menjadi air minuman kebangsaan Malaysia.
0 comments:
Post a Comment