Sunday, 6 December 2015
Perbualan terakhir Tunku Jalil yang tak dapat dilupakan Siti Nurhaliza
Posted By:
Unknown
on 04:18
Penyanyi nombor #satu negara Datuk Siti Nurhaliza melahirkan rasa terharu ketika membaca semula perbualan terakhirnya bersama Almarhum Tunku Abdul Jalil rabu lalu.
Maklumat yang diperolehi melalui laman Instagram Siti sebentar tadi berkata kenangan bersama anakanda Sultan Johor itu akan sentiasa tersemat dalam minda ingatannya.
“Rabu lalu dan terakhir Jumaat lalu ..kata2 semangatnya akan saya simpan kemas dalam ingatan dan bila teringat saya akan baca semula perbualan kami & video yg saya rakam.. #Tjdalamkenangan #Muliahatinya #Rajaberjiwarakyat #kehilangan” tulis Siti sambil memuat naik paparan skrin perbualan beliau bersama Tunku Jalil,
Terdahulu Siti yang merupakan teman rapat kepada Almarhum Tunku Abdul Jalil turut menyifatkan baginda sebagai seorang putera raja yang berjiwa rakyat.
“Saya kehilangan seorang teman, sahabat, teman bergurau senda dan pemberi semangat tiap kali saya dalam kesedihan,” ujar Siti yang masih bersedih dengan berita pemergian itu.
Siti Nurhaliza yang baru keguguran pada Khamis minggu lalu turut memohon maaf kerana tidak dapat menziarahi buat kali terakhir jenazah sahabatnya itu.
“Lil, maafkan Mak Iti kerana tidak dapat menziarahi Lil buat kali terakhir, namun Lil sentiasa dalam doa Mak Iti. Al-Fatihah.” ujarnya di laman sosial Instagram miliknya awal pagi ini.
Kali terakhir Siti Nurhaliza menziarahi Tunku Jalil di hospital adalah pada dua minggu yang lalu.
Pertemuan itu turut dikongsi Siti menerusi akaun Instagramnya.
Anakanda keempat Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Ibni Sultan Ibrahim Ismail mangkat pada jam #7.11 malam waktu Malaysia Sabtu di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.
Tunku Abdul Jalil mangkat pada usia 25 tahun akibat kanser hati tahap empat.
Selain Siti, rakyat dan pemimpin negara turut mengucapkan takziah atas pemergian yang disifatkan terlalu awal dan singkat itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment