Tuesday, 5 January 2016

Filled Under:

Luahan Dan Perkembangan Terbaru M Daud Kilau




Sayu : Datuk M Daud Kilau kini terlantar sakit wajah nya nampak kurus dan cekung

MALAYSIA: Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau #yang terlantar di Hospital Teluk Intan (HTI) akibat komplikasi membuang air kecil kini beransur pulih.

Beliau atau nama sebenarnya Muhammad Daud Kilau, #77, yang popular dengan lagu Cek Mek Molek berasal dari Bagan Datoh, Perak, dimasukkan ke wad Ahad lalu, namun kini menunjukkan reaksi positif malah tidak sabar mahu bertemu peminatnya di seluruh negara.

"Saya meminta semua rakyat Malaysia, peminat dan #juga rakan seangkatan saya di seluruh negara mendoakan kesihatan saya serta yakin dan percaya boleh menghiburkan peminat saya semula yang ada di seluruh negara.

"Saya juga diberi layanan terbaik oleh pihak #hospital. Saya tidak mahu mengalah selagi kudrat saya ada untuk menghiburkan peminat," katanya ketika ditemui di HTI di sini hari ini. Sementara itu, anak lelakinya, Ahmad Zaini, 44, berkata bapanya dimasukkan ke wad selepas mengadu sukar untuk membuang air kecil.

Katanya, bapanya juga mengalami penyakit kencing #manis dan sedikit masalah buah pinggang. "Selepas mengadu masalah itu kami membawa ayah ke HTI untuk rawatan namun beliau dimasukkan ke wad untuk membolehkan pemeriksaan rapi dibuat.

"Sebenarnya beliau tidak mahu dimasukkan ke wad untuk #rawatan kerana sudah berjanji bertemu peminat pada konsert Fiesta Bagan Datoh yang dijadualkan pada hari yang sama dia dimasukkan ke wad.

"Kami sekeluarga tahu ayah sangat kecewa kerana tidak #dapat membuat persembahan di fiesta itu namun beliau akur dan mendengar nasihat kami," katanya yang menemani bapanya itu. Turut berada di wad berkenaan isterinya, Datin Rohani Awang Ngah; anak perempuan, Noraini dan menantu, Kamariah Nasir. -BH




0 comments:

Post a Comment