Suami berat hati nak tinggalkan rumah dan renung #muka anak lama sangat tak sangka rupa-rupanya dia nak tinggalkan kami buat selama-lamanya demikian kata Nor Faizun Habib, 32, isteri kepada mangsa dipanah petir dalam kejadian di Shah Alam, petang semalam.
Menurutnya, beberapa minggu sebelum kejadian #suaminya sempat mengadu dadanya berdebar dan sentiasa tertanya-tanya seolah-olah ada sesuatu yang akan berlaku namun dipendamkan sahaja.
Suami pun tak banyak cakap beberapa minggu #sebelum ke latihan bola tu tapi saya diamkan sebab tak mahu fikir bukan-bukan. Tapi hati terusik bila Allahyarham ada berbual jika dia meninggal dulu.
Katanya jika dia pergi dulu, dia tak nak saya #susah dan bagi tahu sudah langsaikan hutang kereta. Dia cakap dia tak nak saya terbeban dengan hutang, katanya penuh sebak.
Nor Faizun yang sedang mengandung empat #bulan dan mempunyai dua anak itu berkata, Allahyarham suaminya sangat baik dan sayangkan anak sulung lelaki yang baru berusia lima tahun dan anak kedua perempuan yang berusia dua tahun.
Allahyarham banyak tolong uruskan anak-anak #sebelum ini dan sempat balut buku sekolah anak sampai lewat malam dan tak sangka itulah kenangan terakhir buat kami.
Saya tak dapat gambarkan perasaan ini bila dapat #berita sedih itu selepas dimaklumkan rakan suami jam 5.40 petang dan masa itu sedang mengajar di Sekolah Kebangsaan Dato Manan.
Hanya ALLAH saja tahu perasaan saya ketika itu# dan walaupun perit, saya tetap reda dengan ketentuan ILLAHI.
Saya tengok anak sulung lelaki macam boleh terima tapi saya sebak bila anak perempuan asyik panggil dan mencari-cari ayah dia, katanya ketika ditemui di rumahnya di Jalan Persatuan, Kampung Seri Tiram Jaya hari ini.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Seri Tiram Jaya pada jam 10.30 pagi dan dihadiri lebih 50 ahli keluarga, rakan guru dan pelajar SMK Dato Harun serta penduduk setempat.
Sementara itu, kebajikan anak sulung mangsa yang juga murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Al Badar Kampung Sungai Tengi Kanan, Muhammad Fahim Zahin Mohd Farhan, 5, dijaga sebaik mungkin.
Pengerusi Pasti Kawasan Tanjong Karang, Mohamad Faizal Mohamed Barja berkata, pihaknya bersimpati dengan musibah yang tak disangka itu dan kehilangan insan tersayang.
Semoga adik Fahmi dan sekeluarga tabah menghadapi ujian ALLAH dan insya-ALLAH, Pasti Al Badar akan mengurusakn tabung kebajikan murid dan takaful untuk membantu katanya.
Artikel berkaitan :
Seorang guru berusia 32 tahun maut setelah disambar petir dalam satu kejadian di sebuah sekolah menengah di Seksyen 11 di Shah Alam petang semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata guru itu dikenal pasti Mohd Farhan Masudi dan mengajar di sebuah sekolah menengah di Tanjong Karang.
Katanya dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa dalam keadaan basah disebabkan hujan lebat dikatakan berteduh bersama-sama lima guru lain di hadapan pintu logam masuk dewan sekolah selepas menjalani aktiviti di padang sekolah.
"Tiba-tiba berlaku petir menyebabkan mangsa yang bersandar pada pintu tersebut rebah dan mengalami cedera parah dari bahagian dada ke kepala dan terus dikejarkan ke Hospital Shah Alam.
"Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya dalam kenyataan menerusi WhatsApp.
Katanya, dua rakan mangsa berusia dalam lingkungan 30-an yang cuba membantu mangsa turut terkena renjatan dan pengsan di tempat kejadian dan kini dilaporkan stabil.
Shafien berkata, kesemua mangsa berada di sekolah berkenaan bagi menghadiri kursus kejurulatihan bola sepak yang turut disertai 40 guru dari seluruh Selangor.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya. - Bernama
0 comments:
Post a Comment