Friday, 15 January 2016
Filled Under:
Viral
Niat Hanya Sekadar Ingin Bersedekah Sate Dijual Dengan Harga 30 Sen Kini Viral
Posted By:
Unknown
on 04:23
Rupanya masih ada segelintir masyarakat #di zaman sekarang lagi memilih menanam niat untuk bersedekah berbanding dengan keuntungan dalam perniagaan. Kos sara hidup yang tinggi dengan kemunculan isu kenaikan harga barang ini bukan merupakan satu masalah besar bagi seorang peniaga sate di daerah Segamat, Johor Bahru dengan hanya menjual sate pada harga 20 sen secucuk.
Macam tak percaya masih wujud sate yang #berharga semurah itu. Pakcik Samsuddin Mohamad yang berusia 56 tahun menjual lebih dari 500 cucuk hingga ke 700 cucuk satu hari disebabkan sate ayam yang dijual mendapat permintaan tinggi oleh pelanggannya. Sate pakcik ini dikenali dengan nama kedai wak sate dan dengan berniaga hanya menggunakan kereta tolak, ianya menjadi trademark bagi orang mengenali kedai wak sate ini.
Prinsip “ Biar untung sedikit tetapi #senang laku ini” diamalkan dalam perniagaan sate beliau dengan niat ingin lebih bersedekah berbanding dengan keuntungan yang dapat. Menurut beliau, amalan seperti ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja yang berniaga.
Keuntungan yang diperoleh menerusi sate 30 sen #secucuk itu sekadar ingin melepaskan belanja dapur isteri beliau dan itu sudah cukup memadai. Apa yang paling menarik, sate ini akan diberi secara percuma pada kanak-kanak yang lalu dihadapan kedainya, dan dijual dengan harga 20 sen secucuk kepada warga emas yang datang singgah untuk membeli sate ayam beliau.
Baik hati betul pakcik ni, niat yang ikhlas #ingin menderma kepada mereka yang memerlukan harus diambil sebagai contoh. Janganlah banyak mengambil kesempatan dan keuntungan yang lebih dalam meniaga. Ingat, rezeki yang datang semua dari kehendakNya.
Sumber- Sajakongsi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment