Thursday, 7 January 2016

Filled Under:

Koleksi Resepi Rendang Khas Untuk Uolss! (9 Resepi Rendang)



RESEPI RENDANG AYAM OPAH


Bahan-bahan :


  • 1 ekor ayam
  • 2 cawan santan
  • 2 sudu kerisik
  • 2 helai daun kunyit diracik halus
  • minyak untuk menumis
  • garam & gula secukup rasa


Bahan-bahan dikisar :


  • 21 batang cili kering
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ketul kunyit hidup
  • 1 sudu ketumbar
  • 2 biji buah keras
  • 4 batang serai
  • 3 inci halia
  • 3 inci lengkuas


Cara-cara :


  • Tumis bahan dikisar hingga naik bau dan pecah minyak.
  • Masukkan santan dan ayam, gaul rata. Tutup kuali dengan tudung kukus biarkan sebentar. Guna api kecil.
  • Masukkan kerisik kacau rata. Perasakan dengan garam gula.
  • Masukkan daun kunyit, Siap untuk dihidang.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RESEPI RENDANG MINANG


Bahan-bahan :


  • 500g lembu- daging batang pinang 
  • 1 helai daun kunyit 
  • 3 helai daun limau purut 
  • 1 sudu besar gula coklat (brown sugar) 
  • 3 cm lengkuas 
  • 2 batang serai 
  • garam 
  • 600g kelapa diperah 
  • 3 cawan air 


Bahan kisar sehingga halus: 


  • 40 cili padi 
  • 4 biji lada besar merah (fresh red chillies) 
  • 10 ulas bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 2cm halia 


Cara-cara 

Gaulkan semua bahan-bahan diatas di atas kuali atau periuk memasak, bila menggelegak dan airnya hampir kering sedikit masukkan santan. Tunggu hingga menggelegak sekali lagi dan perlahankan api. Masaklah sehingga kuahnya hampir pekat dan akhirnya kering berminyak.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RESEPI RENDANG TOK ALI


Bahan-bahan :


  • 1 kilo daging (dipotong kiub atau ikut suka)
  • 10 ulas bawang merah (dikisar)
  • 5 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 cm lengkuas (dikisar)
  • 3 cm halia (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 2 sudu makan serbuk cili
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 5 sudu makan cili kering kisar ( boleh tambah atau kurang ikut kepedasan cili)
  • 1 liter santan
  • Gula melaka secukupnya
  • Garam dan gula pasir secukup rasa
  • Sedikit isi kelapa - dibakar dan dihiris (tak letak sb tak ada stok)
  • Sedikit kerisik 
  • Sedikit hirisan daun kunyit
  • 2-3 helai daun limau purut
  • Sedikit air asam jawa


Bahan-bahan yang disangai dan ditumbuk halus:


  • 1 sudu makan ketumbar
  • 1 sudu makan jintan manis
  • 1 sudu makan jintan putih
  • 1/2 sudu makan lada hitam
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 5 biji bunga cengkih


Cara-cara :

Perapkan daging bersama bahan2 tumbuk selama 2 jam atau semalaman.

Masukkan bahan perapan tadi ke dlm kuali atau periuk besar bersama air secukupnya. Masak dgn api perlahan sehingga empuk. Ketepikan.

Panaskan minyak secukupnya di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga wangi. Serbuk kunyit dan serbuk cili dibancuh dgn sedikit air dan disatukan dgn cili kisar. Kemudian masukkan ke dalam bahan2 tumis tadi. Kacau dan biarkan ia betul2 pecah minyak.

Masukkan daging dan gaulkan rata2. Masukkan santan dan kerisik dan kacau tanpa henti dgn api perlahan.

Kemudian masukkan pula garam, gula melaka, gula pasir, daun kunyit, daun limau purut, air asam jawa dan isi kelapa. Kacau lagi hingga kuahnya pekat atau kering. Ikutlah selera masing2.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RESEPI RENDANG TOK



Bahan-bahan 


  • 500 gram daging lembu tulang kering bulat atas tanpa lemak, didadu 
  • 1 liter / 4 cawan santan (daripada 2 biji kelapa parut dan 1 liter ( 4 cawan air) 
  • 55 gram (1/2 cawan kerisik) 
  • 1 sudu besar jintan putih (halus serbuk) 
  • 1 sudu besar jintan manis (kasar serbuk) 
  • Garam 
  • Gula 


Dikisar halus halus


  • 4 sudu besar pes cili 
  • 2 biji bawang besar, dikupas 
  • 6 ulas bawang merah, dikupas 
  • 4 ulas bawang putih, dikupas 
  • 3cm halia, dikupas 
  • 4 batang serai, dihiris halus-halus 
  • 2cm lengkuas, dikupas 


Cara-cara :

1. Bubuh daging, santan dan bahan kisar di dalam kuali dan renihkan. Masak di atas api kechil sehingga daging empuk.

2. Tambah kerisik, jintah putih/ halis dan jintan manais/ kasar. Masak sehingga kuah mula memekat.

3. Masukkan gula dan garam dan terus masak sehingga daging menjadi agak kering.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RESEPI RENDANG TOK SIMPLE
(untuk 5 orang)


BAHAN-BAHAN


  • 600 g daging lembu, tanpa lemak, dipotong 12 keping 
  • 30g (3 sudu makan) susu tepung skim, dibancuh dengan 1 cawan air suam 
  • 20g (4 cm) lengkuas parut, dibuang airnya 
  • 75g (1/2 cawan) isi kelapa, untuk dibuat kerisik 
  • 2 biji buah pelaga 
  • 1/2 kuntum bunga lawang 
  • 1/2 cm kulit kayu manis 
  • 1 keping asam keping 
  • 5g (1 sudu makan) rempah kari 
  • 30g gula kabung 
  • 3g (1/2 sudu teh) garam 
  • 1 liter (4 cawan) air


BAHAN A : digoreng tanpa minyak dan dikisar 


  • 10g (2 sudu makan) rempah ketumbar 
  • 5g (1 sudu makan) jintan putih 
  • 2g (1 sudu makan) lada hitam 
  • 8g (10 tangkai) lada kering


BAHAN B : dikisar 


  • 30g (3 batang) serai 
  • 5g (1 cm) halla 
  • 200g (20 ulas) bawang merah 
  • 10g (2 ulas) bawang putih


CARA-CARA

1. Bersihkan daging, tos kemudian perap dengan bahan-bahan (A) dan (B) selama 30 minit.

2. Masukkan air ke dalam kuali. Kemudian masukkan daging yang telah diperap serta parutan lengkuas, buah pelaga, bunga lawang, kulit kayu manis, rempah kari, gula kabung dan garam. Masak hingga se­tengah masak.

3. Masukkan asam keping diikuti dengan susu skim. Kacau selama 1 - 2 minit.

4. Masukkan kerisik dan kacau sehingga kering.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RENDANG UDANG GALAH 


Bahan-bahan:


  • 1 kg udang galah(sederhana besar)
  • 50 gram serbuk kunyit
  • 100 gram bawang merah
  • 30 gram bawang putih (dikisar)
  • 50 gram buah keras (dikisar)
  • 2 batang serai (dikisar)
  • 30 gram halia (dikisar)
  • 20 gram lengkuas (dikisar)
  • 20 gram kunyit hidup (dikisar)
  • 10 gram cili giling
  • 2 biji santan pekat
  • 50 ml air asam jawa
  • 3 helai daun kunyit (dihiris halus)
  • Minyak secukupnya

Cara-cara:


  • Bersihkan udang dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit. Salai di atas bara api sehingga udang masak. Ketepikan.
  • Kemudian, tumis bahan-bahan kisar bersama dengancili giling. Biarkan sehingga terbit minyak dan masukkan santan pekat dan air asam jawa.
  • Reneh sehingga kuah menjadi pekat. Masukkan udang yang telah disalai tadi bersama garam secukup rasa. Kacau sehingga rata.
  • Akhir sekali, taburkan hirisan daun kunyit dan hidangkan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RESEPI RENDANG SOTONG


Bahan-bahan :


  • 500 gm sotong sederhana 
  • 1 biji kelapa
  • 2 s/b kerisik
  • Daun limau purut
  • Daun kunyit [jika suka]
  • Garam
  • Gula
  • Minyak
  • Bahan mesin 
  • 20 tangkai cili kering
  • 10 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 batang serai
  • 3 sm lengkuas
  • 3 sm halia
  • 2 sm kunyit hidup


Cara-cara

1. Bersihkan sotong.Buangkan kulitnya dan basuh. Toskan kering.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan emsin sehingga naik minyak
3. amsukkan santan, kerisek, daun limau dan daun kunyit.
4. Kacau sekali sekala dan biarkan sampai naik minyak dan pekat dan agak kering.
5. Masukkan sotong dan janggutnya [kepalanya]. Rasakan garam dan masukkan sedikit gula.
6. Masakkan sekejap dan biarkan sampai naik minyak . Jangan terlalu lama nanti sotong akan liat.
7. Angkat dan hidangkan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RESEPI RENDANG KERANG


Bahan-bahan ( sekeluarga )


  • 1-1 1/2kg kerang direbus
  • 1 biji bwg besar
  • 5 ulas bwg putih
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 btg serai
  • 15-20 tangkai cili padi
  • * kisar bahan-bahan diatas*
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 sudu gula
  • 1 1/2 cawam pati santan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai


Cara masak:

1. Sediakan bhn untuk dikisar yg tertera diatas

2. Masukkan semua bahan2bahan yg dikisar tadi ke dlm kuali baserta pati santan rempah kari, daun kunyit. daun limau purut dan asam keping

3. Masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit

4. Masukkan kerang dan gaul sebentar

5. Tunggu sehingga garing dan masukkan pula kerisik dan gula
akhir sekali masukkan pula garam secukup rasa

6. Kalau sesiapa yg suka kering masak sehingga kering dan pada yg suka sederhana kering pun boleh ikut selera memasing

7. Selepas siap di masak matikan api dan siap untuk dihidangkan

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

RESEPI RENDANG AYAM PEDAS CILI PADI


Bahan-bahan:


  • 8 ketul ayam
  • 3 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
  • 1/2 inci kunyit*
  • 3 batang serai*
  • 20 biji cili padi* (sy letak lebih rasanya) kisar bahan bertanda *
  • 1/2 sudu ketumbar (disangai dan tumbuk)
  • 1/2 sudu jintan manis (disangai dan tumbuk)
  • Dantan dari sebiji kelapa
  • Daun kunyit (hiris halus)
  • 1 sudu kecil kerisik
  • Gula melaka
  • Garam
  • Air asam jawa


Cara:

1. Tumis bahan kisar hingga naik baunya. Masukkan ketumbar dan jintan. Kacau sebati.
2. masukkan santan, daun kunyit dan ayam.
3. Setelah separuh kering, masukkan kerisik. Perasakan dgn garam, gula dan asam jawa.
4. Tunggu hingga kuah kering dan bolehlah dihidangkan. (Kalau ayam belum masak leh tambah air dan biarkan kering semula.

Sedia dihidangkan dan selamat menjamu selera.
Jangan lupa baca doa sebelum makan dan jangan lupa baca doa sebelum makan ye..





0 comments:

Post a Comment