Wednesday, 6 January 2016

Filled Under:
,

BERHATI-HATI!! "JANGAN BELI TIKET/NAIK BAS SHAMISHA HOLIDAY EXPRESS!" - Pengadu


Saya dan suami dari Perlis ke #Shah Alam. Masa nak pergi, tak ada masalah. Alhamdulillah sampai dengan selamat naik bas Transnasional. Kami bercadang nak balik pada 3 Januari 2016, pagi. Kalau tak ada, nak ambil yang dekat-dekat itulah.

2 Januari 2016 malam, kami #pergi ke stesen bas Shah Alam Seksyen 14, nak pergi beli tiket bas. Adalah orang di kaunter Shamisha dok sekat-sekat suruh beli dengan dia. Dia kata tiket banyak habis dah kalau nak balik ke Kangar pada waktu pagi.

Kami pun suruh dia tunggu sekejap #sementara kami pergi bertanya pada kaunter yang lain. Dia siap ikut sekali, tolong tanyakan. Memang betul tak ada tiket pagi atau petang. Yang ada adalah pada waktu malam sahaja.

Memandangkan tiada pilihan, kami pun #beli tiket dari dia. Dia suruh kami bayar RM53 tetapi dekat tiket dia tulis RM58. Kami tak tanya pun sebab menyangka dia salah tulis. Dia siap pesan datang jam 1 sebab jam 1.15 petang, bas nak bergerak dah. Plat nombor bas, WTQ3359 dan bas turun di Kangar.

Salah kami juga tak beli tiket #awal-awal. Ralik nak ke Shah Alam, sampai rumah, terlupa.


Keesokannya, 3 Januari 2016, #kami pun pergi ke stesen bas pada jam 12.30 tengah hari. Jam 1 petang, bas tidak kelihatan. Tunggu lagi sehingga jam 1.15 petang, tak juga kunjung tiba. Kami pun pergilah bertanya, dia kata bas memang lambat sikit. Jam 1.30 petang, tak sampai juga. Kami tanya dia, dia bagi nombor bas yang lain. KBW, katanya bas WTQ itu, penghawa dinginnya rosak.

Tunggu lagi sehingga jam 2 petang, #tak sampai juga bas yang dimaksudkan. Bila tanya, dia kata jam 2.30 petang bas tiba. Aduh! Geram juga sebab kalau beritahu awal-awal, bolehlah pergi solat dulu kan?

2.30 petang bas tak sampai juga, tunggu #hingga jam 2.40 petang bas pun sampai. Tetapi bukan bas Shamisha yang sampai, bas yang lain.

Tengok plat, KBW tetapi nombor lain. #Bila pergi tanya pemandunya, dia kata bas ini cuma tolong hantar sampai ke Alor Setar sahaja. Kalau Kangar, kena pergi tanya di Kaunter lain. Aduh! Pulak dah!

Lepas itu, orang kaunter pun datang #ke bas dan suruh naik. Dia kata nanti bila sampai Alor Setar, cari bas WTQ dan tunggu di sana. Bas itu akan bawa sampai ke Kangar. Yakin dengan jaminannya, kami pun naiklah bas itu.

Jam 3 petang, bas bergerak. #Keadaan bas? Tak usah cakaplah, itu pun kira bersyukurlah boleh balik juga kan. Alhamdulillah, settle satu perkara. Bas pun ada berhenti untuk siapa-siapa yang nak solat. Lega hati.

Dah nama pun 'bas tolong', #jadi merata-ratalah hentian dia. Kamunting, Ipoh, Butterworth, Sungai Petani, Gurun dan akhir sekali Alor Setar.

Bila dekat Butterworth, dengar #pemandu bas beritahu yang dia seperti mangsa keadaan. Dia cuma tolong saja tetapi orang jeling dia macam dia yang buat salah. Patutnya bas dia paling jauh dipandu sehingga ke Butterworth saja. Kami yang mendengar ini pun rasa kasihan pada pemandu itu.

Jam 11.30, sampailah di Shahab #perdana. Sebelum turun, kami tanyalah sama ada dia ada pergi ke Kangar atau tidak. Dia kata dia nak patah balik, maka kami pun turunlah sebab orang di kaunter Shah Alam tadi suruh cari bas WTQ.

Kami turun dan cari bas itu sampai #jam 11.45 namun gagal. Tanya di kaunter, mereka kata tak tahu dan suruh kami telefon sendiri nombor yang tertera di tiket. Berkali-kali telefon namun tidak dijawab. Tanya sekali lagi di kaunter, selamba mereka menjawab,

"Siapa suruh turun dari bas tadi? #Patutnya bas itulah sampai Kangar," katanya.

Aik? Pulak dah. Bagusnya jawapan mereka #ini. Sangat bagus. Padahal kakitangan di kaunter Shah Alam beritahu ada bas lain. Mereka pula kata tak tahu dan lepas tangan. Letih dan penat kami, tiada pilihan. Nak balik macam mana lagi? Terpaksa ambil teksi RM60.00.

Keseluruhan dari Shah Alam ke Perlis #almost 10 jam. Kos perjalanan pulang pula mencecah RM166 (Tiket bas RM53(2x) + Teksi RM60). Siap pakcik teksi kata ramai yang sudah terkena. Dah report juga pada pihak berwajib namun tiada sebarang tindakan.

Bukan berniat nak menutup perniagaan #orang tetapi nak suruh mereka berhati-hati. Manalah tahu kalau terkena pada ibu bapa kita sendiri ke, adik ke, saudara ke, tak pun student yang tengah bersusah payah berjimat cermat ke? Takkan kita suka kena tipu? Tak tahulah kot kalau ada orang yang suka ditipu.

Kepada pemilik bas Shamisha Holiday #Express, silalah berniaga dengan jujur. Jangan asyik nak menipu orang sahaja.

Ya, memang ada hikmah dan kena redha #tetapi penipuan kenalah dimaklumkan agar tiada orang lain yang bakal menjadi mangsa. Sekian itu sahaja cerita dari kami. Sila berhati-hati. Perompak berdaftar dan terang-terangan mencuri, menipu semakin banyak. - Farida Hanis Zashi





0 comments:

Post a Comment