Wednesday 27 April 2016

Filled Under:

WOWW! INI RESPON PALING 'EPIC' AIDIL ZAFUAN APABILA DIPERINTAH BAYAR NAFKAH TERTUNGGAK RM68K KEPADA BEKAS ISTERI.


#Mahkamah telah mengarahkan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan untuk membayar nafkah tertunggak sebanyak RM68,530 serta segala kos guaman Rita Rudaini sepanjang tempoh perbicaraan berlangsung.

#Aidil Zafuan menjelaskan beliau menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka dan menganggap ia rezeki bekas isterinya.

#Aidil sebelum ini hanya membantah jumlah mutaah yang berjumlah RM300,000 yang dituntut oleh Rita.

#Saya terima dengan hati terbuka dan saya berpuas hati dengan keputusan hakim. Saya bukan membantah untuk tuntutan dikemukakan, tetapi membantah jumlah yang dikemukakan sebelum ini.

#Mahkamah memberikan tempoh 45 hari  bermula semalam kepada Aidil untuk menjelaskan bayaran nafkah serta kos guaman tersebut.

#Rita sebelum ini memfailkan tuntutan mutaah RM300,000 daripada Aidil, pada 7 Julai 2014 mengikut Seksyen 58 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.  Walaubagaimanapun, pada Oktober tahun lalu, pihak mahkamah memutuskan Aidil hanya perlu membayar RM30,000 tuntutan mutaah terbabit.




0 comments:

Post a Comment