#KELANTAN - Ibu bapa pelajar di Sekolah Hamzah 1, Machang, meminta para guru di sekolah terbabit tidak bersikap garang dengan anak-anak mereka yang berada di Tahun 1, 2 dan 3...#
#Surat yang ditulis pada 24 Januari 2016 itu meminta Guru Besar sekolah tersebut menyampaikan perkara itu kepada guru-guru terutamanya yang mengajar pelajar Tahap 1 agar tidak terlalu garang. Ini kerana mereka bimbang anak-anak mereka takut untuk pergi ke sekolah...#
#"Jika ada masalah di rumah, tinggalkanlah di rumah dan jangan dibawa ke sekolah dan lepaskan pada para pelajar. Saya faham masalah yang dihadapi oleh semua guru tetapi jangan terlalu garang...#
#"Banyak masalah yang akan timbul dan salah satunya ialah para pelajar akan malas ke sekolah. Biar para pelajar suka/minat dengan guru dan sekolah serta sentiasa mahu ke sekolah," kata wakil ibu bapa pelajar sekolah tersebut...#
#Surat itu kini tersebar meluas di media sosial dan rata-rata netizen mempertikaikan kewajaran surat seperti itu dikeluarkan...#
Monday, 18 April 2016
Filled Under:
'GURU SEKOLAH TERLALU GARANG, ANAK KAMI TAKUT PERGI KE SEKOLAH'
Posted By:
baca disana
on 08:09
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment