#Kisah anak berbakti berikut ini mungkin akan membuat kita berfikir sejenak.seorang gadis remaja dari provinsi Anhui berdandan menjadi lembu dan mengutip bayaran 5 yuan (=Rm3.00) dan dan membuat persembahan untuk mengumpulkan wang bagi membayar perubatan ayahnya...#
#Hao Dongdong rela jadi lembu tunggangan demi perubatan si ayah
Sementara anak-anak seusianya masih menikmati masa kebebasan masa kecil mereka. Hao Dongdong (nama samaran), 15 tahun, menghabiskan setiap hari mengemis di jalan sehingga dia mampu untuk merawat ayahnya yang menderita penyakit yang melemahkan disebut ankylosing spondylitis, suatu penyakit langka yang mempengaruhi tulang belakang...#
#sewaktu berbelanja di Hefei, pasangan itu melihat sebuah kedai telekomunikasi yang memberikan alatan secara percuma sebagai bahagian dari promosi. Diapun bergegas untuk mengumpulkan apa yang mereka mampu,Tetapi malangnya mereka berselisihan faham dengan staf penjualan kerana dianggap mengambil terlalu banyak barangan dari promosi itu, Hao Xinli akhirnya terlibat dengan pergaduhan fizikal Dan katanya mulai hari itu rasa sakit yang dia alami telah menjadi perkara biasa..#
#Setelah mengambil nasihat doktor, Xinli diberitahu bahawa dia mengalami patah tulang yang menyebabkan tubuhnya dari leher ke atas mengalami lumpuh. Polis tidak dapat menyalahkan siapapun atas kemalangan tersebut dan sehingga kini dia tidak menerima pampasan dari syarikat berkenaan. Akhirnya keluarga Li terpaksa membayar sendiri biaya operasi dan biaya perubatan yang sedang dialami oleh ayahnya...#
#pemergian ibunya memberi kesan yang teramat sukar kepada Hao Dongdong dan ayahnya kerana ibunya adalah satu-satunya aset yang paling berharga buat kehidupan keluarga mereka, memaksanya untuk mengemis dalam waktu yg lama pada siang hari.Dongdong mengatakan bahawa dia sering disebut penipu oleh orang ramai Bahkan pada satu ketika dia pernah ditampar oleh seorang lelaki mabuk yang berfikir bahawa dia sedang berusaha untuk menipu dirinya...#
.
#peniaga tempatan juga tidak begitu baik padanya, mereka percaya bahawa dia akan membawa pengaruh buruk bagi perniagaan mereka. Namun, kurangnya sokongan tidak mematahkan semangatnya.Bagaimanapun, Hao Xinli masih beruntung mempunyai seorang anak perempuan yang sangat berbakti seperti Hao Dongdong,kerana dia masih ada harapan untuk terus melalui kehidupan mereka walaupun penyakit langka ankylosing spondylitis sebenarnya sukar untuk disembuhkan...#
#mudah-mudahan mereka diberi kemudahan atau ditemukan dengan orang orang yang baik hati yang mampu meringankan penderitaan mereka...#
Saturday, 16 April 2016
Filled Under:
DEMI AYAH, DIA RELA MENJADI LEMBU DENGAN BAYARAN RENDAH.!!!
Posted By:
baca disana
on 08:36
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment