Seekor anak koala berusia 6 bulan bernama Phantom berada di dalam kantung ibunya ketika mereka dilanggar sebuah kereta di lebuhraya barat Brisbane, Australia, menurut Hospital Zoo Hidupan Liar Australia.
Menakjubkan apabila Si Kecil Phantom yang seberat 420 gram tidak mengalami sebarang kecederaan, sementara ibunya Lizzy, mengalami kerosakan paru-paru akibat kemalangan itu.
Yang menariknya dan sangat menyentuh hati, Phantom terus berpaut pada ibunya semasa pembedahan dilakukan terhadap Lizzy di Hospital tersebut.
Sepanjang pembedahan, anak koala tersebut memeluk rapat ibunya yang tidak sedarkan diri dan dengan tersebarnya beberapa gambar pasangan ibu dan anak itu semasa pembedahan, Phantom telah menyentuh hati berjuta orang.
Ibu koala itu telah diberi antibiotik dan dijangka akan pulih sepenuhnya dan keduanya telah dipindahkan ke wad luar hospital.
Hospital tersebut telah diasaskan oleh 'Crocodile Hunter' Steve Irwi dan isterinya, Teri. Ia telah merawat lebih daripada 50,000 haiwan sejak ia dibuka.
0 comments:
Post a Comment