Monday 11 April 2016

Filled Under:

Lelaki Berang Tikam Bapa

Besut : Berang kerana tidak dapat apa yang diminta, seorang lelaki menikam dada ayahnya dengan pisau dapr di Kampung Cawat, Kuala Besut. Lelaki itu yang tidak bekerja dipercayai berada dibawah pengaruh dadah.

Mangsa yang berumur 67 tahun segera dibawa ke Hospital Daerah Besut sebelum dipindahkan ke Hoapital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendant Khaled Che Lah ketika mengesahkan kejadian itu berkata, sebelum kejadian lelaki berumur 30 tahun itu dikhabarkan telah berjumpa ayahnya lebih kurang pukul 6.30 pagi.

"Polis berjaya menahan tertuduh di rumah tidak bernombor di Kuala Besut beberapa jam selepas menerima laporan berkaitan kejadian tersebut."

Tertuduh telah ditahan reman.





0 comments:

Post a Comment