Wednesday 13 April 2016

Filled Under:

MASIH ingat lelaki ini dalam filem "god must be crazy", ternyata penghujung hidupnya begitu tragik sekali.

#Ketika memasuki percutian akhir tahun ini, stesen televisyen pasti sudah bersiap memainkan filem percutian yang ternyata tetap sama seperti tahun - tahun sebelumnya....#

# itu termasuk filem yang telah menjadi  legenda atau bukan tetapi apabila kamu sudah pernah menonton filem God Must be Crazy itu tandanya pergantian tahun anda hanya tinggal menghitung hari saja  lagi....#

#God Must be Crazy ini merupakan filem yang dihasilkan pada tahun 1980. Filem ini bercerita tentang kisah lelaki Afrika bernama Xi yang suka berlaku tidak masuk akal apabila bertemu dengan alat-alat moden....#
#Lakonan Xi yang luar biasa itu boleh menjadikan filem ini terkenal hingga ke seluruh dunia.bahkan sampai dibuat sekuelnya sampai versi luar negeranya yaitu The God Must be Funny in China pada tahun 1994....#

#Namun di sebalik kejayaan filem God Must be Crazy ini ternyata tidak membuat pelakon utama ini kaya raya. Jika difikirkan secara logik, satu filem yang boleh terkenal hingga luar negara pasti mempunyai kelebihan yang begitu besar. Dan ternyata di sebalik keuntungan itu tidak membuat lelaki asal Namibia ini bahagia....#

#Bahkan pelakon utama  ini mempunyai kisah hidup yang sangat tragis sekali. Dalam laporan yang ada  Xi hanya bergaji sebesar RM 4 ribu saja dan kesemua wang yang dihasilkan tercurah kepada keperluan keluarganya seperti membuat rumah, membeli tanah, kereta hingga ke tanaman sawah keluarganya .... #

#Fakta kehidupan Xi ini tergolong dalam keluarga yang begitu ringkas. Dia mempunyai ahli keluarga yang cukup banyak yaitu 3 isteri dan 12 anak. Dia harus bekerja keras mengelilingi negara seperti Amerika Syarikat, Perancis, China dan Jepun untuk penggambaran....#
#Setelah Filemnya yang terakhir berjudul Sekai Ururun Taizaiki (1996), lelaki kelahiran 1943 ini memutuskan untuk keluar dari dunia hiburan kerana dia menginginkan masa tuanya dihabiskan di rumahnya dengan bekerja di ladang dan mengumpulkan kayu untuk hidup bersama keluarganya .... #

#Dan Xi yang disukai ramai penonton di seluruh penjuru dunia ini mebawa khabar duka yang tidak di sangka - sangka. Pada Julai 2003, Xi dinyatakan meninggal dunia di ladangnya itu bahkan mayatnya pun baru ditemukan selepas beberapa hari Xi tidak pulang kerumah .... #

#Sampai Saat ini tidak diketahui dengan pasti apa penyebab kematiannya. Xi mati pada usia 59 tahun dan mengakhiri hidupnya dengan berkerja keras di sawah untuk mencari rezeki bagi menampung keperluan keluarganya .... #




0 comments:

Post a Comment