Amaran itu masih boleh diguna pakai untuk yang dewasa juga.
Seorang lelaki Australia telah mendapat iktibar darinya apabila dia tersangkut di dalam mesin basuh akibat gurauan spontan yang membawa padah.
Lebih memalukan, dia lansung tidak berpakaian.
Lelaki Victoria berumur 20 tahun itu, dikenali sebagai Laurence baru saja hendak mandi pada tengahari itu apabila dia tiba-tiba mendapat idea untuk masuk ke dalam mesin basuh untuk membuat kejutan terhadap rakannya.
Malangnya, dia terus tersangkut di dalam mesin basuh itu.
"Saya memang suka membuat lawak. Saya ingatkan saya boleh muat di situ, tapi dengan duduk bersilang kaki, mustahil untuk keluar dari situ."
Apabila rakan yang juga merupakan mangsa gurauannya itu tidak dapat mengeluarkan Laurence, dia memanggil polis yang juga membawa bersama mereka anggota bomba, paramedik dan skuad mencari dan menyelamat.
Segala usaha untuk mengeluarkan Laurence dari mesin itu gagal sehingga para penyelamat menggunakan minyak zaitun kesukaannya sebagai pelincir untuk mengeluarkannya. 20 minit selepas itu, Laurence dapat diluncur keluar dari perkakas itu.
"Ia seakan seperti proses kelahiran sebaik saja dapat meluncur keluar dari situ."Kata Laurence.
0 comments:
Post a Comment