Tuesday, 19 April 2016

Filled Under:

TREND MEWARNAKAN MATA SEMAKIN POPULAR DI SYDNEY.

#SYDNEY - Trend mengubah warna anak mata kini semakin menarik minat di kalangan penggemar aktiviti pengubahsuaian badan di Australia..#

#Meskipun doktor telah memberikan amaran bahawa trend itu boleh menyebabkan seseorang itu buta dan menghidap kanser, namun amaran itu tidak diendahkan. Sebaliknya semakin ramai yang berminat mencuba trend mewarnakan bahagian mata putih menggunakan prosedur yang diperkenalkan oleh pakar pengubahsuaian badan dari Amerika Syarikat, Luna Cobra..#

#"Mewarnakan mata sudah menjadi trend dalam kalangan individu yang gemarkan sesuatu yang luar biasa. Apa yang membimbangkan ialah terdapat segelintir individu mewarnakan mata tanpa mendapatkan khidmat dari pakar," kata Cobra..#
#Cobra mendapat idea menawarkan perkhidmatan itu setelah melihat rakannya melakukan prosedur tersebut dengan menyuntik dakwat berwarna ke dalam sclera..# 

#Kos bagi prosedur mengubah warna anak mata adalah sebanyak US$3,900 (RM17,084). Warna yang dipilih oleh pelanggan itu juga akan terus kekal di dalam mata..# 

#Difahamkan, aktiviti mewarnakan mata ini mula popular di sekitar tahun 2012 setelah gambar seorang banduan dari Amerika Syarikat, Jason Barnum menghitamkan matanya terseber di media sosial. Semenjak dari itu, trend mewarnakan anak mata sudah menjadi pilihan bagi mereka yang sukakan kelainan..#




0 comments:

Post a Comment