Monday 11 April 2016

Filled Under:

Culik Diri Sendiri Untuk Tuntut Wang Tebusan

Polis memberkas seorang pengusaha restoran kerana memalsukan penculikan terhadap dirinya sendiri untuk menuntut wang tebusan daripada saudara-maranya.

Menurut Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendent Roy Suhaimi, lelaki berumur 26 tahun itu diberkas sejurus selepas dia didapati telah mengambil wang tebusan yang telah di bayar oleh saudaranya.

"Pada awalnya, seorang saudaranya telah menerima panggilan daripada nombor telefon lelaki tersebut memaklumkan bahawa dia telah diculik dan meminta wang tebusan berjumlah RM60,000 dimasukkan ke dalam satu akaun bank serta menegaskan bahawa 'mangsa' akan dibunuh sekiranya gagal berbuat demikian."

"Bagaimanapun selepas berunding, jumlah wang tebusan yang diminta dapat dikurangkan kepada RM25,000 dan dipindahkan secara 'online'." Katanya dan menambah bahawa sepasukan polis telah menunggu sebuah bank cawangan Kajang selepas menjejaki kawasan keberadaan mangsa.

Roy memberitahu, sejurus selepas pindahan wang tersebut dibuat, seorang lelaki yang dikenali sebagai 'mangsa penculikan' telah mengeluarkan wang tersebut.    

"Pasukan polis tersebut menghampiri dan memaklumkan identiti mereka sebelum membawa lelaki itu ke pejabat polis."

"Siasatan lanjut mendapati lelaki itu yang memiliki sebuah restoran, sengaja mereka cerita bahawa dia telah diculik oleh empat lelaki kerana masalah kewangan yang sedang menghadapinya."






0 comments:

Post a Comment