Tuesday, 26 April 2016
SAYU - "Saya call ambulans, tapi mereka sibuk. Akhirnya anak saya meninggal di riba saya..."
Posted By:
Unknown
on 20:02
Minta bilik kecil
#"Mama, boleh tolong buatkan bilik kecil untuk kakak. Kakak tak nak kongsi dengan Angah lagi." kata kanak-kanak itu kepada ibunya, Aidy Derwina Ismail, 40, beberapa jam sebelum meninggal dunia.
#Aidy Derwina berkata, anaknya mengungkapkan permintaan itu pada waktu pagi sebelum ke sekolah.
#"Dia kata macam tu waktu pagi sebelum ke sekolah. Tak sangka dia akan pergi meninggalkan kami," katanya sebak.
#Menurutnya, dia menerima panggilan telefon mengatakan anak ketiga daripada empat adik-beradik itu pengsan di sekolah pada 9.50 pagi.
#Katanya, dia segera ke sekolah bersendirian kerana suaminya, Amin Dahari, 51, juruukur sambilan menjaga anak bongsunya yang masih kecil di rumah.
#"Bila saya sampai, wajah anak saya dah biru. Kami panggil ambulans, ambulans tak dapat datang kerana sibuk.
#"Kemudian, Cikgu Farah tolong dukung anak saya dan masuk ke dalam kereta untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Batu 8 sebelum ke Hospital Selayang.
#"Ketika itu, saya tahu anak saya sudah tiada. Saya nampak kawan baik arwah dari dalam kereta, saya cakap dengan mereka, Lyana dah tiada," katanya ketika ditemui di rumahnya di Batu 11, Gombak, pagi tadi.
#Aidy Derwina berkata, Lyana rajin ke sekolah dan tetap mahu bersekolah walaupun tidak sihat memandangkan akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
#Katanya, pada malam sebelum kejadian juga, anaknya yang mesra disapa kakak dalam keluarga meminta dia mengurutkan tangannya yang sakit.
#Malam itu dia ada cakap sakit tangan, suruh urutkan. Tapi saya bergurau suruh urut sendiri.
#"Tak sangka dia nak bermanja dengan saya buat kali terakhir," katanya.
#Lyana Shaqirah antara 60 pelajar sekolah itu yang tersenarai dalam Program Champion, iaitu pelajar cemerlang yang disasarkan untuk memperoleh 6A dalam UPSR.
#Dia menyandang jawatan sebagai pengawas sejak di tahun tiga dan aktif dalam kegiatan sukan seperti olahraga sehingga pernah mewakili sekolah dalam acara merentas desa.
#Allahyarham yang bercita-cita menjadi seorang doktor dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Pusu selepas Maghrib, semalam.
#'Awak dapatkan 6A untuk saya tau...'
#"Aina, kalau saya pengsan pun, awak jangan kisahkan saya, awak belajar rajin-rajin, jangan fikir pasal orang lain. Awak dapatkan 6A untuk saya tau."
#Itu pesanan Allahyarham Lyana Shaqirah Amin, 12, kepada sahabat baik yang juga rakan sekelasnya, Aina Shafiah Anuar, 12.
#Lyana disahkan meninggal dunia selepas pengsan di Sekolah Kebangsaan Sungai Pusu, Gombak, di sini, semalam.
#Aina berkata, rakannya itu berkata demikian kepadanya selepas pernah pengsan di sekolah sebulan lalu, dan dihantar pulang oleh guru ke rumahnya di Batu 11, Gombak.
#"Lyana beritahu saya begitu minggu lalu. Dia ingatkan saya supaya belajar rajin-rajin.
#"Kami memang selalu belajar bersama, dia banyak ajar orang sebab dia pandai. Dia baik, dia tak nak menyusahkan orang lain, dia kawan yang baik," katanya yang ditemui selepas tamat waktu persekolahan, hari ini.
#Menurut Aina, sebelum pengsan, dia memanggil Lyana dan rakannya itu memandangnya selain senyum kepadanya.
#Dia jatuh ke belakang dan pengsan. Kami panggil cikgu dan bawa dia ke Bilik Kesihatan di tingkat bawah.
#"Saya nampak macam dia penat, sebab tu saya panggil nama dia. Dia tidak mengadu sakit pada hari kejadian. Tetapi ketika dia menulis , dia pegang pensel dalam keadaan tangan menggigil. Sebelum ini tak pernah jadi macam tu," katanya.
#Aina Shafiah tidak bertanya mengenai perkara itu kerana menganggap yang rakannya itu tidak mahu diganggu dan hanya ingin berehat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment