Thursday 4 February 2016

Filled Under:
,

Cetus Kontroversi SULTAN JOHOR TERBUNUH 'Tanpa Sengaja' Adik Prebet Adam


Tragedi Amukan Prebet Adam di Bandar Chow Kit KL

Hampir 3 dekad berlalu.. #mengimbau kembali peristiwa yang pernah mengemparkan negara pada ketika dahulu. Pertama kali dalam sejarah kawasan sekitar Chow Kit yang selalunya sibuk bertukar menjadi lengang. Tiada lagi kesibukan di kawasan Chow Kit semasa peristiwa hitam “Amukan Prebet Adam“. Kini sudah 29 tahun berlalu tragedi hitam yang berlaku di Chow Kit itu.

Menurut kisahnya, dalam kejadian itu #Prebet Adam berlari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket. Dalam tragedi amukan Prebet Adam Jaafar itu seorang lelaki Melayu, Che Soh Che Mahmud terbunuh di Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987.

Tidak cukup dengan itu, dia juga #cuba membakar sebuah stesen minyak berhampiran. Kejadian pada malam 18 Oktober itu berakhir pukul 3.45 petang keesokan harinya setelah dia berjaya dipujuk oleh para pegawai tinggi tentera termasuk yang berjawatan Panglima untuk menyerah diri. Di cermin dalam bilik hotel Adam menginap (dia naik bas dari Ipoh ke Kuala Lumpur), Adam ada menulis ayat ini:

“Malam Sial Untuk Adam. Membunuh, #Dibunuh atau Bunuh Diri”.


Jika kita meneliti peristiwa amukan #Prebet Adam ini, terdapat dua kisah yang berlainan. Sejauhmanakah kebenaran kisah-kisah ini? Sama-sama kita baca kedua-dua versi kisah ini. Baca dan nilaikan mana yang betul mana yang salah.

VERSI 1: Amukan Prebet Adam 18 #Oktober 1987

Peristiwa amukan Prebet Adam pada #tahun 1987 dikatakan berpunca daripada kematian adik kesayangannya. Adik Prebet Adam merupakan seorang ‘Caddy’ atau penolong pemain golf (individu yang bertanggungjawab mengangkat segala batang golf) kepada Sultan Johor (Sultan Mahmood Iskandar) pada ketika itu. Dikhabarkan, pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf, adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf Sultan Johor ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal. Terkenal dengan sifat panas baran beliau, Sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya yang keras itu kepada adik Prebet Adam tersebut. Dan secara tidak diduga, adik Prebet Adam mati ditempat kejadian.

Disebabkan pada ketika itu raja #raja Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan undang undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka mengamuklah dia.

Pada malam 18 oktober 1987, #Prebet Adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 miliknya. Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket.

Esoknya, sejarah tercipta apabila #Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet Adam namun gagal.



Prebet adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri.


Dengan kehadiran bos #Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral, akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi mententeramkan situasi negara pada ketika itu, Prebet Adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.

VERSI 2: #Amukan Prebet Adam 18 Oktober 1987 (Tulisan ini dipetik dari laman facebook Saudara Syahril A.Kadir, yang merupakan bekas wartawan jenayah akhbar Utusan Malaysia, TV Alhijrah dan Sinar Harian)

KES AMUK PREBET ADAM. #SUDAH SAMPAI MASANYA KITA BERSIHKAN NAMA KESULTANAN JOHOR!

Dah lama juga aku tak #tulis kisah-kisah jenayah ini. Hari ini aku nak mengimbas kembali satu peristiwa yang cukup menggemparkan negara satu ketika dulu iaitu peristiwa amuk Prebet Adam Jaafar yang mengamuk hingga menyebabkan seorang lelaki Che Soh Che Mahmud terbunuh di Chow Kit, Kuala Lumpur pada Oktober 1987.

Ceritanya bermula bila Adam #bertindak melepaskan beratus das tembakan secara membabi-buta di kawasan itu. Tak cukup dengan itu, dia juga cuba membakar sebuah stesen minyak berhampiran. Kejadian pada malam 18 Oktober itu berakhir pukul 3.45 petang keesokan harinya setelah dia berjaya dipujuk oleh para pegawai tinggi tentera termasuk yang berjawatan Panglima untuk menyerah diri. Di cermin dalam bilik hotel Adam menginap (dia naik bas dari Ipoh ke Kuala Lumpur), Adam ada menulis ayat ini’

” Malam Sial Untuk Adam. #Membunuh, Dibunuh atau Bunuh Diri “

Sejak itu, sehingga sekarang, #kalau search kat Google mengenai Adam ini, kita akan ‘dihidangkan’ dengan pelbagai kisah serta versi kejadian itu dan yang paling hot, Adam kononnya bertindak demikian setelah adiknya dipukul hingga mati oleh seorang ‘kerabat’ Diraja Johor. Kononnya kerabat ini marah bila dirinya ditertawakan oleh mangsa kerana gagal memukul bola masuk ke dalam lubang. Lalu mengsa telah dirembat hingga mati dengan menggunakan kayu golf oleh kerabat terbabit. Ini menyebabkan Adam mengamuk menggunakan M16 di Chow Kit tak lama selepas kejadian kerana kononnya hendak menuntut bela.


INI BETUL-BETUL FITNAH DAN PEMBOHONGAN #YANG JELAS DAN NYATA TERHADAP KESULTANAN JOHOR!

Apa yang sebenarnya berlaku adalah, Adam #ketika itu mengalami tekanan perasaan yang amat dahsyat kerana dibuli, didera mental dan fizikal hingga pernah diarahkan untuk membuat seks oral oleh para seniornya di kem tentera mereka. Adam, anggota tentera dari Unit Renjer yang berasal dari keluarga miskin di Pulau Pinang masa itu tidak dapat lagi menerima seksaan demi seksaan di kem tersebut hingga menyebabkan dia tak mampu lagi berfikir secara waras seperti manusia biasa. Dia kemudian mengambil keputusan untuk mengamuk dan melepaskan tembakan liar menggunakan rifal M16 yang dibawanya.

Aku bukan reka cerita, semua benda ni disebut #dan diperincikan di mahkamah satu persatu namun tak ramai yang endah, sebaliknya hanya berminat pada cerita fiksyen yang tak wujud dan ntah dari mana datangnya itu.

Bicara punya bicara, Hakim akhirnya mengarahkan #Adam dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan kerana mengalami masalah mental sekaligus semua pertuduhan ke atasnya tekah digugurkan. Malangnya sehingga hari ini, orang ramai masih mengaitkan kes itu dengan istana Johor, apatah lagi ketika kes itu berlaku, Sultan Johor merupakan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Buka saja atau Goggle saja di internet pasal kes ni, korang boleh baca, ramai orang diluar sana yang menjadi ” pegawai polis dan pendakwa ” tidak rasmi dan mereka seolah-olah tahu A to Z apa sebenarnya yang berlaku.

Ingat, dosa memfitnah itu lebih dahsyat daripada #membunuh. Aku menulis artikel ini kerana merasakan sudah tiba masanya nama Kesultanan Johor yang tercalar disebebabkan insiden ini DIBERSIHKAN. Aku difahamkan Adam dah pun keluar dari Hospital Bahagia beberapa tahun lalu dan kini berada di sebuah negeri dekat utara semenanjung. Aku bukan orang Johor tetapi ibarat cubit peha kiri, peha kanan tetap terasa. Sampai bila kita hendak bergelumang dengan dosa fitnah ini yang lumrah berlegar di kedai-kedai kopi? Tepuk dada, tanya selera.

Gambar diatas yang dirakamkan oleh jurufoto BERNAMA, #Encik Abdul Ghani Ismail ini menceritakan saat cemas tindakan polis dan ketangkasan mantan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar. Waktu itu beliau bersama anggota-anggota polis yang lain berlindung di sebalik kereta, tembok dan parit. Ketika melihat Tun Hanif Omar keluar daripada perlindungan untuk mendekati sasaran, Encik Abdul Ghani tidak melepaskan peluang, muncul dengan kameranya, terlupa akan keselamatan dirinya sendiri yang terdedah kepada kemungkinan sasaran tembakan.




8 comments:

  1. Masalah nye di pukul dengan kayu golf sampi mati...
    Yg ini aje Nk kn keadilan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yg Tun buat, kesalahan yang dilakukan oleh Raja2 perlu di hadapkan ke Mahkamah diraja utk mencari keadilan. jdi Raja tak boleh suka2 hati bunuh @ pukul org. tapi PAS buat fitnah tuduh Tun Mahathir yang turunkan kuasa Raja2 melayu.

      Delete
  2. Ni melibatkan nyawa.. Tak pelik la klau darah daging dia, org yg dia syang sngat mati dibunuh pstu dia tk bleh terima. Dah la gitu, pstu yg membunuhnya tk kena pape.. Logik la klau dia jadi gitu.. Yg dihayunnya batang golf tu knapa la.. Sultan kena sbar ptut. Tpi dh sifat dia kan, ptut kena control la.. Benda da jadi.. peristiwa jadi memori

    ReplyDelete
  3. Kalau x betul kenapa Dr.Mahathir rombak balik institusi diraja menjadi tidak kebal...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang dirombak adalah kesalahan yang dilakukan oleh Raja2 perlu di hadapkan dibawah undang2.. maknanya. jika raja boleh bunuh ikut suka hati, mereka pon kena tindakan undang2. itulah yang dikatakan Raja tdk kebal. point yg dibuat oleh Tun M ni sbb nk jaga institusi raja. jika tdk. rakyat akan memberontak dan lumpuhkan sistem beraja itu sendiri kerana dirasakan tidak ada keadilan bagi mereka.

      Delete
  4. Hebat versi kedua tu..penulisan bm terbaik ni

    ReplyDelete
  5. kalau adam yg mentel kenapa sultan johor yang dituduh?

    ReplyDelete
  6. Dan 2 salahkan pas sbb tuduh tun turunkntkuasa raja melayu..... Anwar ibtIbra and the geng pun zikir bnda yg sama dulu sblm ni

    ReplyDelete