HATI ibu mana yang tidak risaukan #keselamatan anak terunanya setelah hilang selama seminggu tanpa menerima sebarang khabar berita.
Lebih-lebih lagi jika anak yang #hilang itu merupakan seorang yang begitu rapat dan manja dengannya, pastinya perasaan bercampur baur mengenangkan keselamatan anaknya itu.
Begitulah perasaan yang dilalui #oleh ibu kepada arwah Abu Izzani Abu Bakar, salah seorang mangsa yang dilaporkan meninggal dunia di dalam kejadian kereta terjunam ke dalam sungai di Felda Tenggaroh.
Ibu mangsa yang menggunakan nama #akaun Cekmek Molek M Yusoff di Facebook sebelum mengetahui berita mengenai kematian anaknya itu tidak henti-henti berdoa.
Malah beliau turut meminta netizen di #media sosial tempatan agar menyebarkan maklumat mengenai kehilangan anaknya itu sehingga ia menjadi viral beberapa hari lalu.
Apa yang lebih membuatkan kami #bertambah sedih adalah ketika membaca posting terakhir yang dimuat naik oleh ibu tersebut.
Dia mengatakan yang anaknya itu #sempat memberikan ciuman di pipinya sebelum bertolak dengan menaiki kereta bersama-sama keempat-empat rakannya.
Adik pergi dulu ea basah pipi #ibu adik cium, walaupun dah 21 tahun masih manja,
tulisnya di posting terbaru yang dimuat naik hari ini.
Berita sedih mengenai kejadian #yang menimpa ke atas keempat-empat pelajar itu benar-benar membuatkan seluruh rakyat Malaysia merasa pilu.
Bertabahlah buat ibu kepada arwah Abu Izzani, kami mendoakan arwah dan ketiga-tiga mangsa yang lain, Luqman Jainie, Nik Shakir Zufayri dan Muhammad Asyraf Isa ditempatkan bersama golongan insan yang beriman.
Jenazah 4 sahabat selamat dikebumikan
Jenazah empat remaja yang #ditemui mati di dalam kereta di anak sungai di KM42, Jalan Kota Tinggi-Mersing, pagi tadi selamat dikebumikan, di sini malam ini.
Jenazah Luqman Jainie, #Nik Shakir Zufayri Nik Arif dan Muhammad Asyraf Isa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cahaya Masai, manakala Abu Izzani Abu Bakar di Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak, Plentong.
Majlis pengebumian di kedua-dua tanah perkuburan terbabit selesai kira-kira 11.30 malam.
Terdahulu, kesemua empat jenazah yang dibawa dengan van, tiba di Masjid Nur Hidayah, Jalan Tasek, #Bandar Seri Alam, Masai, pada 10 malam dari Hospital Mersing untuk disembahyangkan.
Kira-kira #500 orang menyambut ketibaan jenazah dalam suasana hiba bagi memberi penghormatan terakhir sebelum jenazah dibawa ke tanah perkuburan.
Sebelum ini, empat remaja yang kesemuanya berusia 21 tahun itu dilaporkan hilang Rabu lepas ketika dalam perjalanan dari sini ke #Terengganu untuk bercuti.
Mengikut laporan yang diterima #polis daripada keluarga, kesemua mereka bertolak dari Bandar Seri Alam, kira-kira 9.30 malam Rabu lepas dengan menaiki sebuah kereta Honda Accord.
Selepas dua jam bertolak kira-kira 11.30 malam, mereka gagal dihubungi oleh keluarga menerusi telefon #bimbit masing-masing.
Namun, misteri kehilangan mereka terjawab selepas #kereta tersebut bersama mayat mereka ditemui pagi tadi.
0 comments:
Post a Comment