gambar hiasan |
Seorang jururawat #menemui anak perempuannya berusia 13 tahun sedang melakukan kegiatan sumbang di atas katil bersama rakan sekerjanya di Bandar Baru Bangi pada Rabu.
Tukang cuci hospital #berusia 17 tahun itu yang bersembunyi di dalam selimut atas katil wanita tersebut, menawarkan diri untuk mengahwini anak perempuannya.
Sebaliknya, wanita itu #bertindak mengheret lelaki tersebut ke balai polis berhampiran.
Ibu tunggal berusia 41 tahun #itu pergi bekerja tetapi pulang semula pada pukul 10.30 pagi untuk mengambil barangnya yang tertinggal di rumah.
Polis berkata sebaik tiba di rumah dan #masuk ke dalam bilik tidur, wanita itu terkejut apabila mendapati bilik tersebut dikunci.
“Dia mengetuk pintu itu selama 10 minit, #bertanya kepada anak perempuannya yang tinggal bersendirian di dalam rumah itu untuk membuka pintu bilik tersebut.
“Selepas beberapa ketika, gadis itu #membuka pintu. Ibunya berkata gadis itu tidak berpakaian,” kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Willey Richard.
Wanita tersebut kemudiannya menemui #seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang bersembunyi di dalam selimut di atas katil.
Wanita itu kemudiannya mengamuk dan #menengking remaja tersebut yang dikenalinya selama beberapa tahun.
Menurut remaja lelaki itu, dia dan anak #perempuan wanita tersebut merupakan rakan sekolah dan bercinta selama kira-kira dua tahun.
Remaja lelaki itu turut mengaku melakukan #hubungan seks dengan teman wanitanya setiap kali ketiadaan ibunya sejak November 2015.
“Remaja lelaki itu berkata dia akan #bertanggungjawab terhadap tindakannya dan sanggup mengahwini anak perempuan wanita tersebut.
“Ibu remaja perempuan itu berfikir #seharian mengenainya sebelum membuat keputusan untuk membawa remaja lelaki tersebut ke balai polis,” kata Willey.
Sumber: MStar
0 comments:
Post a Comment