Monday, 15 February 2016
"Saya Seorang Perempuan Dan Saya Berani Sahut Cabaran Zahid Hamidi..!!"
Posted By:
Unknown
on 16:11
Lihat kenyataan Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mancabar belia di Malaysia : -
Timbalan Perdana Menteri #Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar belia di Malaysia untuk membuat 'kerja kotor' jika mereka tidak mahu pekerja asing datang ke negara ini.
"Saya cabar belia ceburi apa sahaja bidang yang ada pekerja asing, kita ambil alih. Kita tolak pekerja asing," kata Zahid ketika berucap merasmikan mesyuarat tahunan ke-32 Majlis Belia Selangor (MBS) di #Shah Alam hari ini.
Ekoran ucapan itu, para hadirin kemudian menjerit "Setuju!" beberapa kali ketika anggota parlimen Bagan Datoh itu berkata golongan belia juga perlu mengambil alih pekerjaan di ladang-ladang, kilang dan #sebagai tukang cuci.
"Esok saya nak tengok Presiden MBS,# Datuk Irmohizam Ibrahim daftar mereka semua ini kerja kilang," kata Zahid yang kemudiannya mendapat pelbagai reaksi daripada hadirin.
Zahid berkata demikian sebagai mengulas #kebimbangan beberapa pihak mengenai cadangan untuk membawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh untuk bekerja di Malaysia.
Sementara itu, selepas majlis tersebut selesai, media mendapati terdapat hadirin yang ditemui berumur di bawah 18 tahun.
Difahamkan, kira-kira 200 daripada #1,000 hadirin merupakan perwakilan dari kelab sekolah menengah daripada Persatuan Pengakap dan Pandu Puteri.
Selain itu, hadirin yang berumur #18 tahun ke atas pula ketika ditemui bagaimanapun memberi pelbagai respon ketika ditanya sama ada mereka sanggup untuk melakukan kerja yang akan mengotorkan tangan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment