MALAYSIA: Seorang tauke restoran #nasi kandar maut ditembak dari jarak dekat di Jalan Datuk Keramat, di sini, awal pagi tadi....
Dalam kejadian pada jam 3.30 pagi itu, #Syed Amin Zainul Abidin, 46, yang memandu kereta Mercedes Benz dipercayai berhenti di depan sebuah kedai motosikal sebelum dihampiri dua lelaki menaiki sebuah motosikal....
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, #Datuk Zakaria Ahmad, berkata seorang daripada suspek melepaskan tujuh das tembakan ke arah mangsa yang berada di tempat duduk pemandu....
Beliau berkata, empat das tembakan mengenai #badan peniaga berkenaan dan satu das lagi mengenai bahagian kepala, menyebabkan mangsa meninggal dunia di lokasi....
Suspek juga, katanya, turut melepaskan satu das tembakan ke arah dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), yang sedang bertugas mengawal premis perniagaan berdekatan, namun tersasar....
"Siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan masih dilakukan bagi mengenal pasti motif serangan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian sebentar tadi - Bharian Online
Admin: memang tidak dinafikan kes ini ada kaitan dengan video yang viral sebelum ini dimana mangsa telah mengamuk di kaunter JPJ kerana kereta nya telah di klon menyebabkan beliau masih mempunyai hutang saman yang belum dibayar,, hmm,, klu admin pun akan naik angin.. tapi cara dia tu agak kasar kot... apapun kita serahkan kepada pihak polis untuk menyiasat kes ini....
Menerusi gambar arwah di akaun facebooknya bernama #Amir Beyond, arwah pernah menerima anugerah ikon bumiputera pada tahun 2008 dan juga seorang aktivis melayu yang aktif mempertahankan hak-hak melayu di Pulau Pinang.
Beliau banyak memberi sumbangan kepada warga emas dan juga seorang yang lantang bersuara jika berlaku sesuatu ketidak adilan pada dirinya.
Mari kita lihat gambar2 kenangan arwah sebelum #ditembak mati.. al-fatihah semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman... aminn..
Antara status terakhirnya: "Langkah mayat aku dulu...sebab bila kita jln lurus, manusia x suka,, tapi aku tak takut MATI,,AJAL MAUT BUKAN DIKALANGANMU TAPI DI TANGAN ALLAH S.WT."
Sumber: penmarah
0 comments:
Post a Comment