Wednesday, 11 May 2016

UPDATE TERKINI: Amy Search Akhirnya Tampil Balas Kenyataan Yazit Search, Memang Amat Mengejutkan.


TERKINI: Amy Search Akhirnya Tampil Balas Kenyataan Yazit Search, Memang Amat Mengejutkan.

#Sebelum ini, pemain drum kumpulan Search, Yazit Ahmad telah membuat laporan polis mengatakan kumpulan Search pecah amanah dan isteri Amy Search kurang ajar terhadap dirinya.

#~Baca laporan polis Yazit --> (BACA SINI)

#Hari ini, akhirnya vokalis kumpulan Search, Amy, hari ini tampil menjawab tuduhan pecah amanah dan juga sikap Norhasniza Hassan atau Norish (isteri Amy).

#KENYATAAN AMY:

#Amy Search dengan tegas menafikan tuduhan tersebut malah menyifatkan perkara tersebut amat tidak masuk akal.

#Ini komennya yang mewakili ahli anggota Search yang lain:

#"Kami memberi kerjasama penuh terhadap siasatan oleh pihak polis mengenai laporan yang dibuat Yazit.

#"Saya kecewa dan terkilan kerana selama 35 tahun, kami punya persahabatan adalah tentang integriti tapi hari ini seorang daripada kawan kami sendiri cuba nak sumbat kami dalam penjara dan menuduh kami menidakkan sesuatu untuk dia. Saya terkejut kerana dia membuat tuduhan tidak berasas.

#"Selama ini, walaupun sejak dia sakit tapi jika setiap kali ada persembahan sama ada dia sertai kami atau tidak sepanjang show, dia tetap dapat bayaran. Kami tak pernah mengetepikan dia.

#"Memang kami telah menerima bayaran dari Afjets tetapi hanya 30 peratus sahaja dahulu dan duit itu kami gunakan untuk kami bekerja mengurus dan melaksanakan konsert ini misalnya untuk sidang media juga persediaan untuk sesi latihan.

#"Tuduhan tersebut telah memburukkan imej saya dan anggota Search yang lain. Dia sangat mengecewakan kami dan peminat Search. Sebenarnya selama ni jika kami ada apa-apa show, Yazit yang selalu beri masalah pada kami. Kenapa dia caci dan buat tuduhan sebegini. Kami tak tahu apa salah kami,"

#Peguam kumpulan Search iaitu Yusmadi Yusof mendedahkan segala hal ehwal pembayaran dan pengurusan berkaitan Search adalah merujuk kepada satu Memorandum of Understanding (MOU) yang ditandatangani pada 25 Disember 2015 di antara pihak AFJETS dan ahli-ahli kumpulan Search iaitu Amy, Nasir, Din.

#Dan sebenarnya MOU berkenaan tidak termasuk Yazit. Memandangkan perjanjian tersebut masih lagi di peringkat perbincangan, perkara berkaitan kewangan masih diuruskan secara langsung oleh pihak Search.

#Umum maklum, Yazit berada dalam keadaan kurang sesuai untuk beraksi di konsert tersebut namun begitu, Search tidak mengetepikan Yazit.

#Search merancang untuk menyediakan pemain drum sessionist untuk beraksi sepenuhnya pada malam konsert tersebut dengan kemunculan khas Yazit selaku anggota kumpulan Search.

KENYATAAN PEGUAM:

#"Tuduhan tersebut telah memburukkan imej Amy dan anggota Seacrh #yang lain. Search berharap agar beliau hentikan fitnah ini.

#"Pihak Search menggesa Yazit untuk menarik balik kenyataan beliau mengenai tuduhan pecah amanah yang tidak berasas dalam masa 48 jam dan memohon maaf kepada #individu yang beliau kaitkan dalam laporan tersebut

#"Anak guam saya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang kepada beliau sekiranya perkara ini berulang atau kepada mana-mana pihak yang terus menabur #fitnah terhadap Search"

#Untuk pengetahuan pada 4 Mei lalu Yazit membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju mendakwa Norish menengkingnya apabila dia bertanyakan wang untuk #pembabitannya dalam Konsert 35 Tahun Search.

#Yazit mendakwa ada berkunjung ke pejabat penganjur Konsert 35 Tahun Search, AF Jet Sdn Bhd untuk berbincang mengenai keinginannya beraksi dalam konsert itu. Dia terkejut apabila diberitahu bayaran RM75,000 sudah dilunaskan kepada Search pada Disember 2015 tetapi dia tidak menerima satu sen sehingga kini.

#Konsert 35 Tahun Search akan berlangsung #pada 30 Ogos ini.


Sunday, 1 May 2016

Akhirnya Terbongkar.. "Courts Mammoth Tuntut Hutang Macam Ah Long! Ini Buktinya." - Akibat Berada Dalam KETAKUTAN Makcik Ini DEDAHKAN Kegiatan Courts Mammoth Yang Amat MENGEJUTKAN!!



Langsi Betul Cara Courts Mammoth Tuntut Hutang

KEPADA COURTS MAMMOTHS: Saya ada membuat pembelian dengan courts mammoths Kota bharu Dan sehingga kini belum lagi selesai.

Saya membuat pembayaran sebanyak RM 90 setiap akhir bulan walaupun bayaran sepatutnya lebih rendah. Saya tidak ada tunggakan. Yang membuat Saya tidak berpuas hati ialah bila hujung bulan Saya akan terima SMS berupa ugutan dari pihak courts mammoths.

Bukan 1 SMS yang dihantar tetapi banyak kali seolah-olah tunggakan hutang saya beribu-ribu sedangkan jumlah yang saya perlu bayar hanya RM73.

Saya amat marah dan sangat tidak berpuas hati.

Antara SMS ugutan yang dihantar.






Memang Tak Sangka.. Tidak sampai 48 jam selepas memenangi tunai RM 500,000, kami dikejutkan dengan isu gaduh dan tidak berpuas hati sesami ahli kumpulan Bocey. Isu ini dijelaskan sendiri oleh Fad dan Achey. Teruskan bacaan.

Memang Tak Sangka.. Tidak sampai 48 jam selepas memenangi tunai RM 500,000, kami dikejutkan dengan isu gaduh dan tidak berpuas hati sesami ahli kumpulan Bocey. Isu ini dijelaskan sendiri oleh Fad dan Achey. Teruskan bacaan.






Saturday, 30 April 2016

SIAPA SANGKA! Ramai TERKEJUT Baca Cerita Sebenar Wanita Ini Berkahwin Dengan Lelaki Ni ! Akhirnya Ke JINJANG PELAMIN Juga Meraka Berdua !


#Alhamdulillah.. ajal, pertemuan ditangan Tuhan. Tahniah kpd Puan Aida Husin yg berasal dr Perak ini yg br mlangsungkan prkahwinan dgn warga luar. warna kulit bkn ukuran, yg pnting saling syg menyayangi. peliharalah "masjid" yg baru dbina dgn sbaiknya. Semoga brkekalan.. amin..#






SETELAH SEKIAN LAMA!!! TAHNIAH! SAAT YANG DITUNGGU - TUNGGU PEMINAT, AKHIRNYA ERRA FAZIRA TERIMA LAMARAN AWIE!!!




#Gandingan pasangan penyanyi dan pelakon legenda antara Awie dan Erra Fazira memang ditunggu-tunggu oleh para peminat mereka.#

#Gandingan pasangan penyanyi dan pelakon legenda antara Awie dan Erra Fazira memang ditunggu-tunggu oleh para peminat mereka.#

#Erra telah menerima lamaran Awie bagi dilantik Duta kepada satu program kelab..#

#Dalam satu-satu majlis sidang media yang diadakan di Pusat terkemuka, Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur baru-baru ini, Awie berkata dia telah memilih Erra Fazira sebagai duta di dalam program Bikers United Club...#

#Menurut Awie, dia memilih Erra Fazira kerana wanita primadona itu merupakan artis wanita terawal yang menunggang motor besar berkuasa tinggi....#

#Sementara itu, Erra Fazira pula berkata, dia menerima jemputan Awie kerana ianya melihat program Bikers United Club sebagai satu perkara yang amat bagus kerana ia merupakan program gabungan beberapa kelab lain bagi membantu golongan-golongan tidak bernasib baik yang memerlukan sokongan dan bantuan...#




SAYU - "Ayang Marah Lagi Ke? Peluklah Abang.." - Isteri MENYESAL Seumur Hidup Kerana Tindakannya Ini


#Saya nak bagi nasihat dan teladan bagi isteri di luar sana agar menghargai dan menghormati suami anda. Sekarang dah jadi seperti trend. Bila tercetus saja pergaduhan, terus isteri nak minta cerai atau suami ceraikan isteri. Tak boleh ke diperbaiki hubungan itu?#

#Ini kisah saya 12 tahun yang lalu. Saya isteri yang bahagia ada suami penyayang dan anak yang comel berusia 6 bulan. Usia perkahwinan 2 tahun, kami tidak pernah bergaduh. Usia saya pada ketika itu 21 tahun. Manakala suami pula 31 tahun.#

#Pada satu pagi, kami hantar anak ke rumah keluarga saya sebab ibu bapa saya nak cucu mereka bermalam di rumah. Malam itu kami suami isteri balik ke rumah kami sendiri. Masa nak balik, suami saya pelik. Dia merenung lama ke arah anak kami sambil sedih. Saya berkata pada dia yang saya nak bawa balik saja anak kami bersama. Dia cakap tak mengapa.#

Dalam perjalanan balik, suami tiba-tiba cakap,

#"Kalau ada sesuatu yang berlaku pada abang, abang nak parents ayang jaga anak kita. Kalau ayang jumpa pengganti saya kelak, sayangi dan setialah seperti mana saya setia dan sayang pada ayang," katanya.#

#Masa itu saya terfikir yang dia mahu tinggalkan saya kerana ada perempuan lain. Saya apa lagi? Terus merajuk. Sampai rumah, tak nak bercakap dengan dia.#

#Sebelum tidur, dia meminta saya membancuhkan milo. Tetapi pelik sebab dia tak suka milo. Bila tidur, saya palingkan muka dan tak nak tengok muka dia.#

(Ya Allah, sedih bila teringat saat ini...)

#Suami panggil dan bertanya, "Ayang marah lagi ke? Peluklah abang," pintanya.#

#Saya pusing dan peluk sekejap dan cium pipi dia.#

#"Okay, saya nak tidur," lalu terus berpaling membelakanginya.#

#Rupa-rupanya itulah kali terakhir saya bercakap dengan dia. Jam 2 pagi, dia seperti sesak nafas. Saya kejutkan dia dan minta maaf sambil mencium kaki dia. Saya menangis melihat keadaan suami saya seperti itu. Dia tengok saya dalam keadaan sedih dan menutup mata. Masa itu saya terlihat air mata menitis keluar dari matanya. Terus panggil jiran tolong hantar ke hospital.#

#Saya dan keluarga tunggu di hospital, siap bawa anak kami. Sampai di Bahagian Kecemasan, saya bawa anak kami dan suruh dia kucup bapa dia dan cakap, "Abang, ini anak kita,". Anak saya tak menangis tetapi dia pegang wajah bapa dia.#

#Doktor datang buat pemeriksaan pada suami. Kemudian doktor panggil dan kata,

#"Puan, suami puan dah tak ada. Dia meninggal semasa sampai sini. Kami minta maaf puan," kata doktor.#

#Ya Allah! Seperti ada tikaman di dada ini. Pedih dan berat, saya tak dapat menahan diri ini dari menangis. Saya rasa ini semua seperti mimpi, terus pergi ke arah arwah suami yang saya sayangi terbaring kaku. Ahli keluarga yang lain juga terkejut dan menangis di situ.#

#Saya pegang kaki dan mencium dahi arwah. Semua cakap jangan biarkan air mata terkena pada arwah. Saya tahan air mata dan cium serta memeluknya. Teringat sebelum tidur, arwah meminta saya memeluknya sebab kami sudah dua tahun berkahwin, memang terbiasa tidur di atas lengan dia.

Keluar dari bilik kecemasan, saya menangis tak berhenti-henti. Saya masih berharap ini semua adalah mimpi. Saya cubit tangan sekuat hati. Sakit! Ternyata bukan mimpi.#

#Saya menyesal sangat, menyesal kerana merajuk dengan arwah dan tidak tidur memeluknya seperti biasa. Saya peluk dan cium anak kami. Masa itu jugalah kali pertama saya melihat ayah menangis melihat saya dan cucunya. Ayah mana yang sanggup melihat anaknya menjadi balu dan cucunya tidak mempunyai ayah.#

#13 tahun sudah berlalu, namun kesakitan dan kepedihan itu masih terasa. Buat isteri di luar sana, sayangilah suami kamu selagi dia masih ada. Jangan dia sudah dijemput Allah, barulah kita nak menyesal bagai. - KRT#


Akhirnya Terjawab! ABAM BOCEY Dedahkan Perkara SEBENAR Yang MENGEJUTKAN Antara ABAM BOCEY dan ALI PUTEH MLM.. Memang Tak Sangka lah Abam Sanggup Buat Macam Tu Semata-mata Nak.......


#Ahli kumpulan Bocey, Abam teruja apabila adiknya Ali dari kumpulan Puteh bakal bersaing di pentas Separuh Akhir Maharaja Lawak Mega (MLM 2016) pada malam ini.#

#Abam ketika ditemui Astro Gempak berkata, dia sendiri tidak menyangka adiknya mara ke peringkat Separuh Akhir MLM 2016.#

#"Ramai tidak tahu kami adik beradik kandung kerana kami sendiri pun tidak pernah heboh tentang perkara ini.#

#"Bagaimanapun, apabila kumpulan Puteh diumumkan sebagai peserta yang layak ke separuh akhir, saya bersyukur dan gembira untuk dia.#

#"Minat kami dalam bidang lawak sama. Kalau boleh saya mahu kami sama-sama berjaya sebagai pelawak," katanya ketika ditemui di ADD Studio, Sunway Damansara pada Jumaat.#

#Sementara itu, adiknya Ali memberitahu Abam sentiasa menjadi pemangkin semangat buatnya untuk meneruskan cita-cita sebagai pelawak.#

#"Semasa mula saya dan Mamak nak sertai MLM 2016, abang saya, Abam banyak menasihati dan memberi tips kepada kami (Puteh).#

#"Bila Puteh berjaya ke peringkat ini, Abam adalah orang yang paling gembira dan dia mahu Puteh setanding Bocey.#

"Tetapi saya tidak menganggap Bocey sebagai pesaing Puteh di pentas MLM 2016, kerana mereka sudah ada nama yang kuat dalam industri. Namun secara jujurnya, saya mahu mara ke pentas final bersama abang saya," ujarnya.

#Bagaimanapun menurut Ali, dia tidak mahu menggunakan populariti abangnya sebagai jalan mudah untuk mencipta nama sebagai pelawak.#

#"Abam selalu pesan kepada saya, walaupun kita adik-beradik jangan gunakan status itu sebagai 'senjata' untuk berjaya dalam industri ini," katanya.#

#Dengan bertemakan Pantun dan menyaksikan kumpulan Bocey, Puteh, LOL, Joras dan satu-satunya peserta solo, Rayza Mukim bakal berentap hebat untuk merebut tempat ke peringkat akhir MLM 2016.