Thursday 12 May 2016

Filled Under:
, ,

Rayani Air: "Saya Tak Nak Cuci Pinggan Mangkuk Kotor" - Vida


PETALING JAYA: Pengasas produk kecantikan #Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman menegaskan beliau hanya mempertimbangkan untuk membeli saham Rayani Air tetapi enggan menanggung beban hutang syarikat penerbangan patuh syariah pertama negara itu.

Jelas Hasmiza atau lebih dikenali sebagai #Dr Vida, beliau merasakan tidak berbaloi untuk menyelesaikan beban hutang sedia ada kerana ia melibatkan sejumlah wang yang besar.

Malah Vida berpendapat masalah hutang yang membelenggu Rayani Air perlu diselesaikan pihak pengurusannya terlebih dahulu sebelum melepaskan pegangan saham kepada pihak lain.

"Jika saya nak ambil alih, saya kena mulakan #dengan buku baharu, maksudnya syarikat tanpa hutang. Saya tak nak cuci pinggan yang dah kotor.

"Saya rasakan tidak berbaloi jika beli saham tapi pada #masa sama perlu jelaskan hutang sedia ada.  Jadi pihak pengurusan Rayani Air perlu cari jalan untuk selesaikan masalah itu terlebih dahulu," katanya kepada mStar Online pada Rabu.

Namun, Vida berkata kata putus #mengenai hasratnya itu hanya akan diketahui selepas hasil perbincangan antara kedua-dua pihak yang dijadualkan di ibu negara dalam masa terdekat.

"Saya masih belum buat sebarang keputusan, #sekarang masih diperingkat pertimbangan lagi. Jika tawaran membawa faedah kepada kedua-dua pihak, mengapa saya nak tolak.

"Apa-apapun kita tunggu dan lihat hasil #perbincangan itu nanti. Tarikh pertemuan akan saya maklumkan selepas pulang dari Sabah," katanya.

Ketika ditanya mengapa beliau berminat untuk #membeli saham tersebut, Vida berkata beliau pernah bercita-cita untuk memiliki syarikat penerbangan sendiri sejak lebih setahun yang lalu.

"Saya pernah berhasrat nak beli pesawat #persendirian sebelum ini tapi bila fikirkan semula kosnya agak mahal dan macam tak berbaloi.

"Jadi bila pemilik #Rayani Air, Ravi Alagendrran sedia melepaskan pegangan sahamnya, saya fikir mahu mengintai peluang. Namun kena tengok dululah apa yang mereka boleh tawarkan nanti," katanya.

Rada Rabu,  usahawan tersebut dilaporkan sedang mengintai peluang untuk membeli saham Rayani Air.

Menurut sumber #Rayani Air, masih terlalu awal untuk membincangkan lebih lanjut mengenai perkara itu memandangkan pertemuan bersama pihak Vida masih belum dibuat.

“Ada banyak perkara yang perlu diteliti. Di pihak kami, sudah tentu perlu melihat tawaran #Vida dan apakah pelan perniagaannya,” katanya.

#mStar Online sebelum ini melaporkan pemilik Rayani Air, Ravi Alagendrran sedia melepaskan pegangan saham kepada pelabur baharu bagi menyelamatkan syarikat penerbangan itu.

Pada 11 April lalu, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) mengeluarkan arahan penggantungan sementara Sijil Operator Udara Rayani #Air selama tiga bulan.





1 comments:

  1. Lucky Club Casino site【VIP】best games & bonuses 2021
    Lucky Club luckyclub Casino review: ✓ A trusted and reliable online casino ✚ 150+ games ✓ Fast payouts ☆ Sign-up bonus codes for USA players ✚ Best casinos.

    ReplyDelete