Wednesday 11 May 2016

Filled Under:
, ,

Apa dah jadi dengan kumpulan SEARCH?? "Kau tu dah tua, sakit nak mampus,” Isteri Amy Search Maki Yazit..memang tidak patut!! kasar dan tidak kenang jasa...


Drummer kumpulan Search iaitu Yazit telah mendedahkan satu kejadian dia dimaki oleh Norhasniza, isteri kepada vokalis kumpulan Search iaitu #Amy Search.


Ini gara-gara Yazit bertanya tentang bayaran #Konsert 35 Tahun Search yang dikatakan telah diterima oleh pihak Search.

Yazit telahpun membuat laporan polis tentang #kes yang didakwa "pecah amanah" kerana dia tidak menerima sebarang bayaran dari Konsert 35 tahun Search.

Yazit mendakwa telah ke pejabat penganjur Konsert 35 Tahun #Search, AF Jet Sdn. Bhd. untuk berbincang mengenai konsert.

Namun, Yazit terkejut apabila diberitahu jumlah bayaran RM75,000 telah dibayar kepada kumpulan Search pada Disember 2015, sedangkan dia tidak pernah menerima apa-apa bayaran bermula tarikh tersebut sehingga ke hari ini.

Tambah Yazit, pengurus AF Jet memaklumkan kepadanya pembayaran kepada Yazit sepatutnya diuruskan oleh anggota Search sendiri.

Antara intipati repot polis adalah pendedahan isteri Amy #Search yang menengkingnya:



“Saya juga telah menerima panggilan telefon  daripada #Norhasniza (isteri kepada Amy) memaki dan menengking kepada saya apabila saya bertanyakan  mengenai bayaran yang sepatutnya saya dapat. Antara makian yang dilemparkan kepada saya seperti – “kau tu dah tua, sakit nak mampus,”

Sumber: #beritamemey

Ini laporan polis dari Yazit:






0 comments:

Post a Comment